Siakap Keli

5 Fakta Menarik Tentang Kaviar, Salah Satu Makanan Tertua Dan Termahal Dunia

Sepanjang anda menonton rancangan masakan atau makanan di televisyen atau di media sosial, mungkin anda akan perasan dan tahu salah satu makanan termahal di dunia iaitu kaviar. Kaviar merupakan telur ikan dari ikan betina spesis sturgeon yang tinggal di laut dalam yang membuatkan ia menjadi sukar untuk didapati selain spesisnya yang semakin terancam selain faktor cuaca dan suhu setempat.

Dengan sebab itu, kaviar dianggap salah satu menu makanan paling susah untuk ditemui sehingga membuat makanan tersebut menjadi salah satu makanan paling mahal di dunia dan menjadi pilihan selebriti popular serta orang-orang kaya dunia. Selain itu, terdapat beberapa lagi fakta unik tentang kaviar yang mungkin anda ingin tahu sebelum anda mencari dan mencubanya sendiri.

  1. Kaviar menjadi salah satu makanan tertua di dunia

Kaviar dianggap sebagai salah satu makanan tertua di dunia yang telah melalui pelbagai jatuh bangun tamadun manusia sejak dulu lagi. Perburuan terhadap ikan sturgeon tidak pernah hilang malah ia menjadi salah satu dari cabang pekerjaan yang tertua juga didunia yang digandingkan bersama tiram.

2. Rusia memperkenalkan kemewahan kaviar

Rusia telah dinobatkan sebagai negara yang mempelopori kehebatan kaviar mereka. Hal ini bermula sejak tahun 1205 sehingga 1255 apabila menu kaviar ini telah menarik minat para bangsawan pada zaman Batu Khan. Pemimpin Mongolia pada ketika itu telah memerintahkan orang bawahanya untuk merasa menu kaviar dan ia membuatkan generasi Jenghis Khan sangat menghargai telur ikan itu.

3. Tidak dimasak dan perlu dimakan mentah

Jika anda mempunyai tekak yang ‘rumit’, menu mewah ini bukanlah untuk anda. Hal ini kerana, kaviar tidak dimasak dan dihidangkan mentah-mentah dan dalam keadaan yang segar. Rasa yang dijelaskan oleh mereka yang sudah merasainya ialah sedikit hamis dan hanyir. Kaviar juga sangat sensitif dengan suhu persekitaran. Mana-mana sahaja tempat simpananya tidak boleh terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ia akan merosak struktur kaviar itu.

4. Kaya dengan nutrisi

Bukan sekadar mempunyai harga yang mahal untuk sekali hidangan, malah menu ini kaya dengan nutrisi. 10gram atau satu sudu teh kaviar mampu memenuhi keperluan vitamin B12 untuk dewasa. Kandungan kalori, lemak, karbohidrat, protein, serat dan natrium juga melimpah. Ia sangat sesuai untuk perkembangan minda, daya tahan tubuh dan antioksidan yang baik dalam melawan pertumbuhan tumor dan kanser.

5. Sensitif dengan jenis logam

Untuk menjaga kualiti kaviar ini, mereka tidak akan sesekali menggunakan sudu besi atau logam-logam lain kerana ia akan merosakan rasa, kualiti dan tekstur telur ikan itu. Kebiasaanya, hidangan ini akan menggunakan peralatan kayu dan dihidangkan menggunakan alas kaca untuk menampakan kemewahan dan taraf menu itu sendiri.

sumber: idntimes

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia