Siakap Keli

Aneh, Lelaki Ini Jatuh Cinta Dengan Robot Dan Ingin ‘Berkahwin’ Dengannya

Seorang lelaki yang jatuh cinta dengan patung robot mini sejak dua tahun lepas mendedahkan dirinya berhajat untuk mengahwini permainan tersebut.

Joey Morris, 29, berkata, dia amat tertarik dengan ‘senyuman manis’ yang ada pada muka rabot tersebut serta ‘rambut lembutnya’ yang berwarna merah jambu.

Menurut Joey lagi, dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan ‘cinta’ dengan lampu, permainan trak Transformer serta patung-patung figura Halloween.

Robot mini yang dikenali sebagai RoboTroll itu dikatakan telah memberikan Joey perasaan nostalgia terhadap permaianan atas talian, BattleTrollz.

Kata Joey lagi, dia menyedari dirinya adalah seorang objectum, rasa tertarik terhadap objek, sejak usianya 10 tahun lagi.

”Saya menyedari bahawa saya mempunyai naluri terhadap objek sejak usia saya 10 tahun lagi. Ketika disekolah, saya mempunyai keinginan untuk berkawan dengan sebuah lampu dan saya melakukannya.

”Bagaimanapun perkara berkenaan terbongkar dan guru saya merampas lampu berkenaan. Saya merasa sangat terganggu.

”Beberapa tahun kemudian, saya mula jatuh cinta dengan beberapa objek lain lagi seperti Donna The Dead dan trak Optimus Prime.

”Namun hubungan dengan objek-objek ini tidak bertahan lama dan kini hubungan saya dengan RoboTroll akan bertahan sampai bila-bila,” katanya.

Selain merancang untuk mendirikan ‘rumah tangga’ dengan robot berkenaan, Joey juga merancang untuk melancong je sekuruh dunia dengan RoboTroll kelak.

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.