Siakap Keli
Next Shark.com

Cosplay Gadis Kembar Ini Buat Netizen Kagum Dan Kadang-Kadang Rasa Seram Sebab Menakutkan

Cosplay atau tabiat memakai sesuatu pakaian yang biasanya dikaitkan dengan watak anime boleh menjadi hobi bagi sesetengah orang. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka kerap mengenakan cosplay apabila menghadiri sesuatu majlis.

Bagi Chihiro dan Chieko, gadis kembar yang berusia 11 tahun dari Jepun yang tidak asing lagi dengan pertunjukan cosplay dan sudah menjadikannya sebagai satu hobi.

Dikatakan si kembar ini sudah terdedah kepada dunia cosplay sejak mereka berumur 3 tahun lagi.

Kebanyakan pakaian mereka dihasilkan sendiri oleh kedua ibu bapa mereka iaitu Bey Chua (bapa) dan Ging (ibu). Difahamkan juga ibu dan bapa mereka merupakan penggemar cosplay dan sering mengenakan pelbagai cosplay di pelbagai majlis.

Sebenarnya, Chihiro dan Chieko tidak dikenali ramai. Sejak mereka mengenakan pakaian cosplay filem Frozen semasa menghadiri Konvensyen Komik yang berlangsung pada tahun 2014 telah membuatkan ramai orang datang untuk mengambil gambar dengan mereka.

Perkara itu telah memberi inspirasi kepada keluarga Bey untuk menghasilkan lebih banyak pakaian cosplay yang berbeza untuk dipakai semasa menghadiri konvensyen yang lain.

Kebiasaannya kembar ini sering mengenakan pakaian watak-watak cosplay yang terkenal dan terbaru mereka telah mengenakan pakaian cosplay yang telah membuatkan ramai orang ketakutan. Antara cosplay tersebut termasuklah watak Weeping Angels yang dilakonkan dalam filem sains fiksyen “Doctor Who”.

Selain dari itu, mereka sekeluarga turut membuat kejutan dengan mengenakan pakaian cosplay “Dragon Ball Super” semasa menghadiri sebuah konvensyen. Chihiro dan Chieko mengenakan cosplay watak Zeno, ibunya pula Angel Whis dan bapanya mengenakan cosplay watak God of Destruction Beerus.

Antara watak cosplay lain yang menyeramkan Yubaba dan Zeniba dari filem “Spirited Away”.

https://www.instagram.com/p/Bvy-yb4Dm3e/?utm_source=ig_web_copy_link

Mereka juga mengenakan cosplay watak sebagai The Sisters dari filem “Kubo”.

https://www.instagram.com/p/Bm1vltNAbyf/?utm_source=ig_web_copy_link

Ini pula ketika mereka mengenakan cosplay watak Sisters of Plenitude dari filem “Doctor Who”.

https://www.instagram.com/p/BojfRx_g5pC/?utm_source=ig_web_copy_link

Mereka juga dikatakan sering mengenakan watak cosplay sebagai kembar dalam filem “Miss Pregrine’s Home for Peculiar Children”. Antara watak cosplay yang dikenakan termasuklah kembar sebagai The Shining dan Kembar Peculiar yang menyeramkan.

https://www.instagram.com/p/Blit9S3ACj6/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BowWyNGAxqA/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: Next Shark

 

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"