Siakap Keli

Hasil R&D, PETPET Keluarkan Lampin Terbaru Yang Boleh Boleh Dipakai Lama Dan Sentiasa Kering

Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 – PETPET atau jenama lampin bayi yang terkenal hari ini telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang telah diperbaharui dengan meningkatkan lagi kadar serapan yang boleh membuatkan si kecil anda berasa lebih selesa pada jangka masa yang lama.

Ibu bapa yang mempunyai anak dan bayi kecil perlu memahami tentang peri pentingnya perkara ini untuk membolehkan si kecil anda berasa selesa dan kekal kering sepanjang hari dan seterusnya membolehkan si kecil untuk bermain dengan cerianya tanpa ada rasa lekit, basah dan tidak selesa.

Untuk memenuhi matlamat si kecil yang ingin bermain dengan puas sepanjang hari PETPET telah memperkenalkan satu lagi produk yang disertai dengan tiga fungsi penting antaranya tiada bocoran, kekal lama, dan sentiasa kering.

Dengan meletakkan pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memastikan tiga fungsi utama tersebut dapat kami atasi, PETPET telah memperkenalkan satu lagi lampin bayi yang menjanjikan kebahagiaan kepada keluarga anda untuk jangka masa yang lebih lama.

“PETPET adalah salah satu jenama yang meletakkan diri kami di tempat pengguna. Produk kami juga tidak hanya dipasarkan untuk tujuan memenuhi kehendak pengguna, malah kami turut membekalkan produk yang dapat membantu menyokong pengguna kami dalam kehidupan seharian mereka. Kami juga turut memahami setiap masa yang anda ada untuk keluarga anda merupakan satu detik indah yang amat berharga dan bakal berlalu dengan pantas. Oleh itu, untuk memastikan ibu bapa dapat menghabiskan masa dengan si kecil lebih lama, kami telah menmperkenalkan satu lagi produk yang dapat membantu si kecil anda mempunyai masa yang lebih lama untuk anda bersama. Kata Yeoh Aik Cheong, Pengarah Urusan PETPET Malaysia.

Lampin bayi PETPET kali ini didatangkan dengan fabrik tanpa tenunan dan bahan penyerap yang mampu memproses dengan menggunakan teknik mencetak  yang jauh lebih baik dalam industri. Teknologi “cepat kering” ini dilengkapi dengan sistem Air Thru 360 darjah yang membolehkan lebih banyak cecair mampu diserap untuk memberi keselesaan pada bayi agar kekal ceria sehingga 10 jam sehari.

Tidak seperti jenama lampin bayi yang lain, iannya perlu ditukar sepanjang masa apabila sudah penuh. Kini, ibu bapa dapat berehat dengan lebih banyak masa untuk bermain dengan si manja mereka tanpa perlu rasa risau untuk menukar lampin bayi mereka setiap masa.

Bagi bayi yang baru lahir, PETPET juga telah memastikan lampin bayi kami adalah sangat jauh lebih lembut jika dibandingkan dengan lampin bayi lain. Ianya juga direka khas untuk mengatasi kulit sensitif bayi dan turut mengambil kira kawasan “navel area” bayi anda untuk memastikan tiada sebarang tekanan wujud di lapisan lampin.

Bagi setiap ibu bapa di luar sana, ini merupakan salah satu impian yang mungkin telah menjadi kenyataan buat anda kerana tidak perlu lagi membawa barangan keperluan bayi terutamanya lampin bayi yang banyak setiap kali anda dan keluarga keluar dari rumah. Dengan PETPET lampin bayi yang direka khusus dan didatangkan dengan cetakan maskot yang comel dan menceriakan. Ibu bapa kini lebih mempunyai banyak masa untuk mewujudkan detik-detik indah bersama si kecil anda.

Untuk merasmikan pelancaran produk baru ini, PETPET akan mengadakan promosi khas di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Mac 2019. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat pengunjung sepanjang program ini berlangsung. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menemui kami di “PETPET ROADSHOWS” ini. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai kunjungan kami ke kawasan berhampiran dengan anda, anda hanya perlu masuk ke akaun rasmi PETPET di Facebook atau layari laman sesawang kami di https://www.facebook.com/petpetMY.

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.