Siakap Keli

Tak Kan Menyerah Kalah, Malaysia Bakal Jadi Pentas ‘Selamatkan Dunia’ Mulai 20 April Ini

Hero-hero gamers, ini untuk korang.  Sudahkah korang bersedia dengan gelombang super power Mobile Legends yang akan menemui korang face to face.

Bersoraklah peminat Mobile Legends kerana inilah masanya untuk korang menyelamatkan dunia.

Kempen Mobile Legends: Bang Bang’s 515 Unite merupakan event wajib yang korang perlu pergi untuk melayakkan diri korang untuk mendapatkan Hero pujaan secara percuma.  Manalah tahu korang bertuah untuk mendapatkan pelbagai lagi barangan edisi terhad dan eksklusif daripada Mobile Legends.

Kempen yang akan berlangsung mulai 20 April sehingga 8 Jun itu akan dimeriahkan dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti korang bukan sahaja buat para-para gamers, tapi untuk orang ramai juga.

Apa yang bestnya, Mobile Legends: Bang Bang’s 515 Unite treler akan dipra-tonton di 34 buah pawagam Golden Screen Cinema (GSC) serata Malaysia semasa tayangan filem Avengers 4: Endgame, selama 5 minggu bermula 5 Mei ini. Hebat.

Teruja?

Tak cukup dengan itu, trak LED skrin besar akan menjelajah 6 negeri di Malaysia, Penang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor untuk korang sertai.

  • 21 April – Gurney Paragon, Penang
  • 27 April – Aman Central Mall, Kedah
  • 1 Mei – Aeon Station 18, Perak
  • 4 Mei – Sunway Pyramid, Selangor
  • 11 Mei – Domino’s Pizza Bandar Uda, Johor Bahru
  • 18 Mei – Fahrenheit88, Kuala Lumpur

Apa yang menarik sepanjang kempen Mobile Legends: Bang Bang’s 515 Unite?

  • Merchandise edisi terhad figurine hanya 55 buah sahaja di Malaysia
  • T-shirt eksklusif Mobile Legends
  • ‘Unity Emblem’ dipaparkan di seluruh Malaysia
  • Mod permainan khas semasa kempen
  • Pelancaran lagu tema oleh artis antarabangsa
  • Pertandingan tarian
  • Sesi bersama cosplay
  • Kad Touch N’ Go Mobile Legends Edisi Terhad
  • Sumbangan kebajikan
  • Mini tournaments

Membeli sambil beramal

Sebanyak 1,000 keping kad Mobile Legends 515 Touch N’ Go akan dijual dengan harga RM25 setiap satu sepanjang kempen samada di atas talian mahupun secara offline dan duit yang diterima akan disalurkan ke pusat kebajikan terpilih.

Diskaun Domino’s Pizza sehingga RM15

Sepanjang kempen ini, Domino’s Pizza turut tawarkan diskaun sehingga RM15 dan 515 Delivery Offer untuk setiap jenis pizza dari 29 April hingga 23 Jun 2019.

Janganlah lepaskan peluang ni, banyak boleh jimat oi.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan tawaran ni, korang boleh terus pergi mana-mana cawangan Domino’s Pizza di sekitar kawasan korang dan bagitahu korang yang Mobile Legends yang ‘hantar’ korang ke sana.

via GIPHY

So, tunggu apa lagi?

Korang jangan ketinggalan untuk turut serta sepanjang kempen dijalankan dan berpeluang mendapatkan barangan edisi terhad daripada Mobile Legends 515.  Mark kalendar awal-awal untuk berkumpul dan ‘save the world’!

Layari Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang untuk maklumat lanjut di sini

Nur Farra