Seorang kanak-kanak menghidap tibial hemimelia, iaitu dilahirkan cacat dengan keadaan kaki yang terbalik kembali hidup dengan normal apabila pembedahan yang dijalankan berjaya. Victoria Komada, kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit tibial hemimelia, iaitu tiada tulang kering di kaki kanan dan tulang kering di sebelah kiri sedikit pendek menjadikan dia salah satu dari sejuta orang yang menghidap penyakit ini.
Namun begitu, ibu bapa kepada kanak-kanak malang tersebut tidak mengalah. Mereka bertemu dengan lapan pakar perubatan untuk merujuk penyakit yang dihidapi oleh anak perempuan mereka. Marzena Drusewicz, 32, dan Dariusz Komada, 41, telah mengambil keputusan dan sepakat untuk menerima saranan Dr. Dror Paley, iaitu ketua doktor pembedahan Victoria untuk memotong kaki kanan dan gantikan dengan kaki palsu manakala melakukan pembedahan tulang di kaki kiri Victoria.
Pembedahan tersebut berlaku di Paley Institute, West Palm Beach, Florida dengan pembiayaan sebanyak £180,000 (RM 972,124.43). Pembedahan kedua-duanya belah kakinya berjaya dan selepas sembilan bulan, Victoria kini menjalani hari-harinya sama seperti kanak-kanak normal yang sebaya denganya. Dia juga bersiap sedia untuk mendaftar persekolahanya pada bulan September nanti.
“Walaupun kaki Victoria masih lagi tidak kuat untuk menampung berat badanya, namun dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat. Dia pernah melalui saat-saat yang sukar siang malam. Namun begitu, dari hari ke hari, dia menunjukan tanda-tanda positif sehinggalah sekarang, dia sedang menjalani kehidupan normalnya dan kami memulakan kehidupan baru bersama-sama” Kata Marzena, ibu Victoria.
“Pembedahan yang berjalan selama 9 jam itu sangat memenatkan. Yang membuatkan ia menjadi rumit apabila kaki di sebelah kanan dimana tulang kering hilang sepenuhnya sehingga membuatkan otot quadricep kebanyakan semuanya hilang. Hal ini yang membuatkan kaki hilang fungsi”, kata Dr. Dror Paley.
APAKAH TIBIAL HEMIMELIA?
Tibial hemimelia merupakan merangkumi spektrum kecacatan yang disebabkan oleh tulang kering yang tiada atau pendek dari kebiasanya, yang juga dikenali sebagai tibia. Kecacatan ini menyebabkan kecacatan di bahagian kaki dan sesetengah kes menyebabkan pesakit mempunyai kaki ‘tambahan’. Kecacatan ini bermula dari bahagian lutut yang terpintal ke dalam sehingga hujung kaki yang gagal berfungsi sepenuhnya.
Kecacatan ini sangat jarang berlaku sehingga nisbah pesakit ialah satu nisbah sejuta orang di dunia. Dalam 30% kelahiran, kedua-dua kaki pesakit adalah cacat. Kecacatan ini boleh dikenalpasti seawal proses kehamilan iaitu ibu mengandung melakukan untrasound untuk melihat perkembangan bayi. Hal ini adalah untuk memudahkan ibu-bapa bersiap sedia ketika proses kelahiran akan datang.
Kes-kes terpencil ini memerlukan pembedahan sepenuhnya, dengan kejayaan bergantung kepada jumlah kehilangan tulang-tulang di bagaian kaki dan fungsi otot-otot di sekitarnya. Proses pembedahan ini sama ada untuk membuang kaki yang tidak boleh digunakan dan digantikan dengan kaki palsu atau membetulkan tulang-tulang yang mengalamai kecacatan. Sama seperti kes Victoria, sebelah kakinya dipotong dan diganti dengan prostetik, dan selah lagi kaki dilakukan pembedahan tulang.
Sumber: DailyMail