Siakap Keli

(Video) Saya Alami Kecacatan Kekal, Mungkin Itu Sebabnya Saya Kerap Jatuh Atas Padang – Zaquan Adha

Siapa tak kenal dengan saudara kembar dengan kedua-duanya adalah pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dimana aksi lincah mereka mearnai kancah liga bola sepak tempatan sekian lama.

Aidil Zafuan ketika ini mewakili gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Takzim manakala Zaquan Adha pula bersama-sama skuad Helang Merah di utara tanah air.

Bagaimanapun Zaquan melalui satu posting baru-baru ini telah memuat naik satu kiriman di Instagramnya mengenai ‘kecacatan’ yang dialaminya setelah kerap-kali mendapat kecederaan ketika beraksi.

Menurut Zaquan, akibat kecacatan tersebut, ia sedikit sebanyak telah merencatkan aksinya di atas padang dan kerap terjatuh. Malah, ada juga para peminat memintanya untuk bersara sahaja daripada arena bola sepak.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Zaquan Adha di bawah.

Alhamdulillah, bukan riak tetapi saya ingin berkongsi kepada semua dan rakan-rakan. Saya bukanlah pemain bola yang hebat tetapi saya tau saya mempunyai semangat yang kuat dan dikelilingi keluarga yang sentiasa berada dikala saya jatuh.

Sepanjang karear saya bermain bola selama ini saya pernah mengalami 4 kali operations anterior cruciate ligament (ACL), 1kali scop di lutut, 1 kali operation di tangan.

Jika ada yang sentiasa sering mempersoalkan kenapa saya sering jatuh di padang ini lah sebenarnya yang saya terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan anterior cruciate ligament(ACL) ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan saya sering jatuh.

Tetapi apa pun Alhamdulillah saya bersyukur Allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada saya untuk terus bermain sehingga sekarang. Jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yang mengalami kecederaan tolong jangan give up. Percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda.

Set dalam pemikiran anda yang anda kuat dan yang paling penting jaga kedua-dua ibu bapa kita. Saya dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi saya yakin rezeki itu datang dari Allah dan saya percaya apa yang diberi adalah amanah dari Allah.

Apa yang paling penting saya tidak akan berputus asa, sebab orang yang berputus asa adalah orang yang gagal. Ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kita bangkit. Ikhlas jujur dengan kerja kita Insya Allah benda yang baik akan datang kepada kita. Kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas.

View this post on Instagram

Alhamdulillah..bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua dan rakan2..sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jatuh..sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4kali operations anterior cruciate ligament(ACL)1kali scop di lutut,1 kali operation di tangan ..jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jatuh di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan anterior cruciate ligament(ACL) ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jatuh..tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang..jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalami kecederaan tolong jgn giveup..percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda..set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.. sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari allah dan sy percaya apa yg diberi adalah amanah dari allah..apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa,sebab org yg berputus asa adalah org yg gagal..ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kt bangkit.ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt..kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas..

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Sumber: Zaquan Adha

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.