Siakap Keli

“Betapa Hebatnya Kuasa Doa” Hampir Putus Asa Kerana Anak Kecilnya Menghidapi Talasemia, Wanita Ini Diberi Petunjuk Ketika Istikarah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masa silih berganti dan jam terus berdetik tanpa disedari. Kehidupan kita sebagai manusia terus ‘berjalan’ pantas seiring dengan waktu. Terkadang terasa seperti masa begitu cepat meninggalkan kita. Dan di setiap perjalanan dan langkah yang diharungi di dunia ini, manusia sebenarnya sedang diuji.

Ujian mahupun dugaan silih berganti datang dalam perlbagai ‘bentuk dan rupa’. Sama ada mampu atau tidak untuk menghadapi, semuanya bergantung kepada diri sediri kerana setiap manusia akan diuji oleh Allah mengikut kemampuan mereka masing-masing.

Satu perkongsian di laman Facebook oleh Hafiza Mustakim telah membuktikan bahawa hanya keyakinan dan doa yang dapat menjadi perisai serta sumber kekuatan untuk terus bertahan menghadapi ujian.  Menurutnya :

Dugaanku Sungguh Berat

Beberapa tahun lalu, anak aku Abu Zar disahkan menghidapi talasemia. Aku tersentak, perasanku bercampur baur. Aku benar-benar sukar untuk menerima hakikat itu.

Aku terdiam, tidak mahu beritahu sesiapa pun mengenainya termasuk sahabatku. Ya, aku menangis, tapi hanya mampu meluahkan tangis kepada kedua ibu bapaku. Aku terimbas kembali kata-kata doktor, dia mengatakan bahawa Abu Zar mampu hidup sehingga remaja namun tidak akan capai usia 20 tahun.

Abu Zar (Gambar : Hafiza Mustakim)

Maksudnya aku bakal kehilangan anak kesayanganku sebelum dia berusia 20 tahun! Aku dikira bertuah sekiranya Abu Zar mampu hidup lebih dari itu. Hati aku benar-benar luluh mendengarnya.

Mengapa Aku?

Aku menangis, sekuat-kuatnya. Dalam ribuan umat, aku yang terpilih untuk melaluinya. Allah telah memilih aku sebagai hamba yang diuji. Aku manusia biasa, sudah tentu aku akan bertanya kenapa, kenapa aku? Aku benar-benar ingin tahu jawapannya. Tapi aku bersyukur, aku ‘berterima kasih’ kerana anakku hanya menghidapi talasemia dan bukannya leukimia seperti sangkaan awal doktor.

Gambar : Hafiza Mustakim

Ayah aku berkali-kali ingatkan aku bahawa Abu Zar hanya pinjaman dari Allah. Tidak kira apa pun kebaikan yang aku buat sebelum ini, DIA tetap pemilik anak istimewa aku ini. Aku tidak memilikinya.

Ternyata, tiap bait perkataan itu menyentap hatiku. Aku tersedar, kembali  semula ke ‘dunia’. Aku cuba menerima ketentuannya. Tapi ku akui, ianya tak mudah. Aku terfikir tentang masa depan anakku. Hati aku seakan mahu luruh, terkadang aku rasa seperti mahu pengsan.

Allah Tidak Akan Menduga Hamba-NYA Lebih Dari Kemampuan

Tapi Allah sesunguhnya Maha Pengasih, DIA berikan ujian dan DIA jugalah yang memberikan penyelesaian. Allah memberi petunjuk supaya kami melakukan pemindahan tulang sumsum. Alhamdulillah Allahuakbar! Allah mengurniakan aku dua orang anak dan anak-anak ini mempunyai pelbagai persamaan. Mereka bahkan mempunyai ‘tubuh’ yang sesuai untuk dilakukan pemindahan itu.

Gambar : Hafiza Mustakim

Tapi kali ini aku keliru, patutkah aku meneruskan proses pemindahan ini? Adakah aku perlu menunggu sedikit masa kerana mereka masih kecil? Atau aku patut lupakan sahaja tentang perkara ini?

Aku Bertemu Kunci Kepada ‘Teka-Teki’

Aku buat istikarah dan aku terkejut apabila diberikan  ‘bimbingan’. Aku melihat banyak kereta dengan nombor plat ‘BMT’ di semua tempat ketika aku memandu. BMT adakah ianya bermaksud Bone Marrow Transplant? Aku tertawa, aku menggelengkan kepala. Mungkin itu hanya mainan perasaanku.

Tapi adakah itu petunjuk? Ya aku dapat merasakan petunjuk ini petunjuk dari Allah. Tapi aku tak kuat, aku benar-benar perlukan kekuatan. Akhirnya aku menyerah. Aku hubungi sahabat-sahabatku, menulis di sosial media meminta semua berdoa untuk Abu Zar, untuk anakku Zayd Ali dan untuk diriku sendiri.

Gambar : Hafiza Mustakim

Aku tidak menjangkakan perkara ini akan mudah. Anak keduaku ini (Abu Zar) mempunyai tantrum (suka mengamuk). Dia selalu berteriak, merajuk di atas lantai, di restoren, di pusat beli belah dan di mana-mana. Suaranya kuat tidak seperti abangnya Zayd Ali. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengawalnya Aku merasakan diriku bukanlah seorang mak yang baik.

Gambar : Hafiza Mustakim

Aku bimbang bagaimana aku mampu menjaganya di hospital seperti ibuku yang selalu membantuku dirumah. Dan sekali lagi aku minta semua untuk berdoa supaya proses pemindahan itu berjalan lancar dan agar aku terus tabah dan kuat.

Walaupun terlihat seperti permintaan ringkas, sebenarnya ia terasa seolah-olah seperti ‘rantai’ yang telah terputus. Ia membebaskan diriku dari ketakutan dan kesengsaraan yang selama ini membelenggu diriku. Aku merasa tentang sepanjang proses pemindahan itu. Allah membantu kita menghadapi segala kepayahan.

Ia menyedarkan aku tentang kehebatan doa. Doa mampu menjadikan situasi buruk menjadi lebih baik, doa mampu mengubah masa depan  bahkan ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya doa dan keyakinan kepada-NYA. Jangan sesekali memandang rendah pada kekuatan doa.

Paling penting, jangan hanya berdoa waktu sukar, ingatlah DIA selalu kerana ternyata Rahmat-NYA tidak terbatas. Bayangkan keadaan bagaimana jika saling mendoakan satu sama lain, bayangkan kita akan dikelilingi lingkungan positif di mana semua orang berdoa.

Gambar : Hafiza Mustakim

Aku bersyukur, terima kasih untuk doa kalian kepada anaku Ali dan Abu. Aku amat menghargainya. Alhamdulillah Abu sedang dalam proses penyebuhan selepas transplant. Dia bertambah sihat dan tidak sabar untuk bersekolah bersama abangnya, Ali.

Sumber : Hafiza Mustakim 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.