Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Pengasuh Cuai, Kanak-Kanak Setahun Mati

Ipoh : Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pagi semalam dipercayai menjadi mangsa kecuaian pengasuhnya yang menetap di Taman Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin sebelum itu telah dibawa ke hospital berkenaan kira-kira 8.40 pagi untuk mendapatkan rawatan, namun setelah diberi bantuan penafasan selama satu jam mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar forensik memaklumkan bahawa punca kematian merupakan daripada masalah pada organ dalaman iaitu pankreas. 

“Jantung si mati juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar dan tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Hasil bedah siasat juga memaklumkan tiada unsur jenayah berlaku kepada si mati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat yang dilakukan, ibu mangsa telah menghantar anak lelakinya pada pukul 7 pagi dalam keadaan sihat namun dua jam selepas itu, ibu kepada pengasuh datang ke pejabatnya dan memaklumkan anak pengadu berada di hospital.

“Pengadu terus ke hospital dan berjumpa dengan pengasuh yang memaklumkan anaknya telah terjatuh selepas panjat jeriji tingkap di dalam bilik. 

“Pengasuh beritahu kepada ibu mangsa semasa dalam perjalanan ke hospital, anaknya masih lagi terbuka mata namun pengadu diberitahu doktor anaknya telah meninggal dunia,” katanya.

Razali berkata pengasuh yang berusia 24 tahun itu menjaga anak pengadu sejak awal bulan ini dan pengadu hanya menghantar anak beliau pada hari bekerja sahaja.

“Pengadu memaklumkan bahawa semasa dalam tempoh beliau menghantar anaknya ke rumah suspek tiada sebarang kesan tanda kecederaan dalam bentuk fizikal pada tubuh badan mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian berlaku hanya suspek bersama anaknya berumur setahun dan mangsa sahaja berada di dalam rumah tersebut.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang tanda kesan jenayah yang boleh menjuruskan berlakunya jenayah,” katanya sambil menambah siasatan sedang dilakukan terhadap pengasuh kerana melakukan kecuaian terhadap kanak-kanak.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.