Siakap Keli

”Semua Rak Simpanan Dia Buat Sendiri”, Kisah Anak Autisme Miliki Koleksi Hot Wheels Menarik Buat Warga Maya Kagum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak yang menghidap autisme tetap satu anugerah dari Tuhan yang perlu dihargai oleh ahli keluarganya. Kadang-kala, mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri yang jika dipupuk boleh memberikan kebaikkan kepada diri mereka sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Dlaila Norlaila, anaknya yang merupakan pengidap autisme mempunyai koleksi Hot Wheel yang sangat menarik selain dijaga dengan baik.

Gambar Hiasan

Malah, Puan Dlaila turut mendedahkan bahawa semua koeksi itu dibeli oleh anaknya melalui simpanan yang dibuat sejak dibangku sekolah.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Puan Dlaila di bawah yang membuatkan ramai warga maya merasa kagum dengan caranya menjaga anak autisme.

Anak austism saya 20 tahun.

Pengumpul kereta hotwheels tegar. Sanggup tak belanja masa sekolah dulu semata-mata nak beli kereta. Kereta-kereta tu dia kumpul dari umur 7 tahun. Masa kecik dia hyper sangat. Bergantung pada ubat kalau nak ke sekolah.

Rak-rak tu semua dia buat sendiri. Siap letak plastik jernih macam cermin. Akak tanya beli kat mana dia kata kat popular.

Tak minta tolong dengan sesiapa pun. Semua dia buat sendiri.

Dia tak ada kawan langsung. Hidup dengan dunia dia sendiri. Orang pun tak sudi berkawan dengan dia kan. Bangga sangat.

Jangan down bila kita ada anak istimewa. Kita tak tahu kebolehan dia apa.

Boleh tengok dekat ig yoshine75 aktiviti dia. Sepatah pun tak ada tulis bahasa melayu, walaupun sepatah pun tak pernah dengar dia speaking.

#danial
#austism
#hotwheels

Sumber: Puan Dlaila Norlaila

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.