Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ujian Saringan Awal Atas Talian Untuk Mengetahui Sama Ada Anak Anda Pengidap Autisme

Public Health Malaysia baru-baru ini telah berkongsi panduan buat ibu-bapa untuk membuat saringan awal sama ada anak masing-masing merupakan pengidap autisme atau sebaliknya.

Menurutnya lagi, masalah austime pada kanak-kanak boleh dikesan berlaku pada anak-anak sejak usia 18 bulan lagi.

Untuk mengetahui cara untuk membuat ujian saringan tersebut, anda boleh membaca perkongsian daripada Public Health Malaysia di bawah.

Tahukah anda, Autisme boleh disaring seawal 18 bulan!

Sekarang ianya mudah dengan hanya menjawab soalan MCHAT seperti di laman web di bawah.

Namun, anda tidak perlu gusar jika ianya positif. Ianya masih saringan dan perlu pengesahan daripada doktor. Bawa anak anda ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk memastikan diagnosis autisme adalah betul.

Kelebihan saringan awal, jika anak anda di dapati mempunyai ciri-ciri autisme, rujukan ke pakar boleh dilakukan dan intervensi boleh dilakukan dengan lebih awal.

Anak anda berpeluang untuk diberikan pendedahan terapi daripada awal dan perkembangan kognitif, bahasa dan sikap yang lebih baik.

Jom share infographic ni agar semua ibu-ibu dapat menyaring anak mereka.

www.bit.ly/autismepromo2

Saringan yang disediakan dari kami hanya untuk masa yang terhad tau. Rebut peluang yang ada.

Sumber: Public Health Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.