Siakap Keli

“Berceramah Fasal ‘Nilai Seorang Isteri’ Tapi Zalim Terhadap Isteri Yang Kandung Anak Sendiri,” Netizen Selar Kenyataan Da’i Wan Isu PU ‘Curang’

Beberapa hari lalu tular perkongsian seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang isteri kepada penceramah bebas yang juga seorang bekas peserta program Pencetus Ummah.

Perkongsian di akaun Instagram miliknya menceritakan kecurangan suaminya yang memilih untuk bernikah dengan seorang janda dalam keadaan dirinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Apa yang lebih menyedihkan, lafaz cerai telah dibuat melalui kiriman Whatsapp pada 13 Mac lalu.

Susulan isu ini, Da’i Wan mendapat permintaan daripada netizen yang mahukannya menjelaskan keadaan.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan telah mendatangkan kritikan orang ramai.

Sumber: Twitter

Nur Farra