Siakap Keli

Tragedi Sri Lanka: Sekurang-kurangnya 100 Terbunuh Dan Ratusan Mangsa Cedera Selepas Kejadian Letupan Di Tiga Hotel Dan Gereja

Sambutan Hari Easter bertukar tragedi ngeri apabila berlaku letupan di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka awal hari ini. Laporan berita BBC melaporkan setakat ini sekurang-kurangnya 100 orang  terbunuh manakala ratusan mangsa cedera.

Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan. Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.

Angka korban dijangka bakal meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah mangsa yang terlibat.

Dalam perkembangan terbaru, Presiden Maithripala Sirisena, meminta orang ramai agar bertenang dan boleh berikan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mempengerusikan satu mesyuarat tergempar untuk tindakan lanjut.

Sumber: BBC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)