Siakap Keli

(Gambar) Ratusan Maut, Rakyat Sri Lanka Berpusu-Pusu Ke Hospital Untuk Derma Darah Bantu Mangsa Serangan Bom

Sri Lanka dikejutkan dengan enam letupan dahsyat yang memusnahkan tiga buah gereja dan tiga buah hotel di sekitar ibukota itu sehingga mengorbankan ratusan mangsa.

Ledakan melanda beberapa hotel mewah dan satu gereja di ibu negara, sementara dua gereja tambahan disasarkan di luar Colombo.

Setakat ini, mangsa yang tercedera telah dibawa terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Walau bagaimanapun, hospital mengalami kekurangan tabung darah dan meminta orang ramai untuk menderma.

Facebook Rise Up Sri Lanka berkongsi kepadatan ruangan hospital dengan kehadiran rakyatnya yang ingin mendermakan darah kepada mangsa-mangsa terlibat.

Kadang-kadang sukar untuk melihat kebaikan di waktu yang sukar.  Walau bagaimanapun, dalam menunjukkan perpaduan, ramai Sri Lanka telah membanjiri ke Bank Darah Kebangsaan untuk menderma.

Ini adalah imej sebuah perpaduan.  Biarkan ia menjadi peringatan bahawa kita sebagai sebuah negara akan berdiri bersama-sama.

Kami juga ingin meminta mereka yang terselamat untuk berkumpul ditempat awam.

Nur Farra