Siakap Keli
Gambar : Tribun-Bali

Gunung Agung Di Bali Meletus Kuat, Lontaran Abu Panas Beserta Api Berterbangan Ke Semua Daerah

Gunung Agung di Kabupaten Karangasem, Bali kembali meletus diikuti dengan dentuman kuat sejak semalam sekitar pukul 6.56 petang.

Menurut sumber, ketinggian abu kelihatan mencapai 3000 meter di atas puncak gunung.

Abu letusan yang berwarna kelabu pula dengan kepulan tebal bergerak menuju ke arah barat.

Letusan ini dirakamkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira satu minit 22 saat.

Sementara itu, menurut seorang penduduk setempat yang dikenali sebagai Ngurah berkata, pada awalnya Gunung Agung kelihatan tenang.

”Secara tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat dan jelas kelihatan percikan api dari puncak gunung,” katanya.

”Hujan abunya cukup tebal sepertiĀ  letusan Gunung Agung yang berlaku pada tahun 2017 lalu,” kata seorang lagi penduduk, Putu Mirayanti.

Difahamkan, Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.

Namun, masyarakat tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut.

Tahun lalu, Gunung Agung juga pernah memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.

Sumber : Tribun-Bali

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.