Siakap Keli
The Sun/Metro

Ketumbuhan Seberat 15kg Ditemui Dalam Rahim Seorang Remaja Perempuan Berjaya Dikeluarkan

Satu ketumbuhan besar yang dianggarkan seberat 15kg telah berjaya dikeluarkan daripada rahim seorang remaja perempuan.

Ketumbuhan yang amat besar itu telah berjaya dikeluarkan daripada rahim seorang remaja perempuan berusia 16 tahun oleh sepasukan doktor dari India.

Pasukan perubatan bingung selepas mendapati ketumbuhan itu tumbuh jauh di dalam organ pembiakan remaja perempuan tersebut semasa pembedahan dilakukan di Hospital Sarin, di Punjab.

Remaja itu telah dibedah selepas sepasukan doktor tidak berjaya untuk merawat sakit perut yang dihadapinya serta mengadu sudah lama tidak didatangi haid.

Selepas berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu, pihak doktor mengesahkan bahawa remaja tersebut berada didalam keadaan stabil dan bakal pulih sepenuhnya. Menurut doktor, ketumbuhan yang besar itu bukanlah sesuatu yang serius serta boleh dikaitkan dengan kanser.

Pembedahan yang berlangsung dengan baik itu telah dilakukan oleh pakar rawatan kanser, Dr Vivek Gupta, bersama-sama dengan Dr Sanjeev Sarin, Dr Vivek Mahajan, Dr Geetanjali Sarin dan Dr Sudhir.

Menurut bapa kepada remaja perempuan tersebut, Ravidarpal Singh yang berasal daripada wilayah Ferozpur dekat Punjab, dia merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena apabila anak perempuannya itu tidak didatangi haid.

Dia kemudiannya membawa anak perempuannya itu untuk diperiksa oleh sepasukan doktor kerana sakit perut, sebaik doktor tersebut memeriksanya, dia terus dibawa rujuk kepada pakar apabila simptom yang dihadapinya itu semakin teruk.

Susulan daripada pemeriksaan awal itu, doktor telah menemui ketumbuhan yang amat besar seberat 15kg tumbuh di dalam rahim remaja tersebut.

Sumber: The Sun.UK

Aqmal Ezany

I write what is right