Siakap Keli

Mayat Tiga Pendaki Terkenal Dunia Dijumpai Dalam Timbunan Salji

Tiga pendaki terkenal disahkan maut ketika ditemui di puncak gunung barat Kanada selepas hilang semasa runtuhan salji di kawasan itu.

Jess Roskelley, 36, David Lama, 28, dan Hansjörg Auer, 35 ditemui oleh kakitangan Parks Canada pada Ahad, semalam.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara pendaki terbaik di dunia yang ditaja oleh jenama terkenal seperti The North Face.

Cuaca buruk dan keadaan longsoran bahaya menghalang penyelamat daripada masuk ke kawasan puncak.

Penghormatan diberikan oleh ketiga-tiga mangsa daripada seluruh dunia.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat dan orang tersayang.

“Kami juga mengakui kejadian ini memberi impak kepada komuniti pendaki.  Doa kami bersama mengiringi mereka yang terkorban,” kata agensi.

Sumber: Spokesman

Nur Farra