Nama Muhammad Azeem, 15 mula mendapat perhatian apabila mengungguli acara 100 meter kategori 18 tahun pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Filipina, Mac lalu.
Jaguh olahraga muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan misi untuk muncul pelari pertama mencatat masa bawah 10 saat dalam acara 100 meter. #TeamMAS π²πΎβ pic.twitter.com/6ucOHbs8o0
β TEAM MAS π²πΎπ π (@myTeamMAS) March 4, 2019
Azeem yang berasal dari Perak telah mencatat masa larian yang mengagumkan dengan catatan 10.69 saat sekaligus memadamkan rekod atlet Thailand dengan masa 10.74 pada 2011.
Terbaru, rakaman video lariannya tersebar di media sosial apabila mencatatkan rekod baru acara 100m dengan masa larian 10.63 saat.
Netizen yang menyaksikan video pecutan Azeem rata-rata memuji kehandalan dan kelajuannya menjuarai acara 100m bagi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Sumber: Team Malaysia