Siakap Keli
scmp.com

“Dia Tekan Butang Kecemasan Bila Perintahnya Tidak Diikut,” Permintaan Melampau Penumpang “Pervert” Buat Kru Penerbangan Trauma

Seorang ketua penerbangan wanita dan anak kapalnya dari syarikat penerbangan Taiwan, Eva Air dilaporkan mengalami trauma. Kejadian tersebut dikatakan berpunca dari permintaan salah seorang penumpang dari Amerika yang melampau.

Menurut ketua penerbangan, Kuo mendedahkan dalam sidang akhbar baru-baru ini bahawa penumpang tersebut telah membuat pemintaan yang tidak munasabah dari kru penerbangan.

Penumpang yang tidak dinamakan itu, digambarkan sebagai seorang Caucasian dan obes, berkerusi roda semasa penerbangan dari Los Angeles ke Taipei.

Kuo mendakwa lelaki itu telah memintanya untuk menghantar salah seorang anak kapal membantunya ke tandas. Kuo berkata lelaki tersebut juga mendakwa dia tidak dapat menggunakan tangannya kerana baru sahaja pulih dari pembedahan.

Kemudian, dia meminta untuk dihantarkan ke tandas di kelas perniagaan kerana tandas di kelas tersebut terlalu kecil kepadanya.

“Selepas petugas penerbangan menghantar lelaki itu ke tandas yang lebih besar, saya telah dilaporkan dia meminta supaya pintu tandas dibiarkan terbuka untuk peredaran udara yang lebih baik. Bagaimanapun, kru penerbangan berkeras untuk menutup pintu tersebut”.

Dia kemudiannya menekan butang kecemasan dan meminta kru kabin untuk menanggalkan seluarnya untuknya. “saya memberitahu dia bahawa kami tidak boleh membantunya dan mula berteriak kepada anak kapal. Dia memberitahu saya untuk ke sana dengan segera sebelum mengancam untuk menjatuhkan dirinya di atas lantai. Kata Kuo.

“Ketika alat kelamin penumpang mula terdedah, seorang rakan saya telah membawa selimut untuk menutupnya. Namun dia telah menepis tangan saya dan mengatakan dia tidak mahu dan hanya mahu menanggalkannya seluarnya untuk menggunakan tandas.” Tambah Kuo lagi.

scmp.com

Kru saya kemudian terpaksa menuruti kehendaknya dan meninggalkan penumpang berkenaan di tandas sebelum datang kembali selepas dia memanggil lagi untuk membersihkan punggungnya. Untuk itu, kru yang bertugas terpaksa menyarungkan 3 lapis sarung tangan lateks untuk membersihkan punggung penumpang berkenaan.

Semasa petugas saya membersihkan punggung beliau, dia mendakwa penumpang terbabit mula mengeluh dan mendesah seakan-akan menyatakan keseronokan. Dia juga kerap mengeluarkan perkataan yang mengghairahkan semasa petugas saya melakukan perkara tersebut.

Petugas saya juga dikatakan terpaksa membersihkan punggungnya sebanyak 3 kali sebelum dia meminta untuk menyarungkan semula seluar dalam yang dipakainya.

Sumber: Next Shark

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"