Sekurang-kurangnya 8 orang mangsa disahkan terbunuh dalam gempa yang melanda Manila baru-baru ini. Gempa yang berukuran 6.1 skala ritcher itu telah menyebabkan gangguan kepada pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya. Bukan itu sahaja, dikatakan gempa tersebut juga telah mengakibatkan banyak kemusnahan tehadap bangunan dan infrastuktur di negara tersebut.
Antara lapangan terbang yang terjejas ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terpaksa ditutup setelah mengalami banyak kerosakan. Selain itu, pihak penerbangan juga terpaksa membatalkan lebih kurang 100 penerbangan pada hari tersebut.

Pampanga merupakan salah satu daerah yang terjejas teruk akibat gempa tersebut. Lilia Pineda, pegawai daerah Pampanga mengatakan lebih kurang 8 orang mangsa terbunuh manakala 20 yang lainnya hanya mengalami kecederaan ringan. Memetik maklumat yang disampaikan oleh pegawai bencana, penyelamat yang terlibat akan dikerahkan untuk menggunakan peralatan yang lebih berat disamping bantuan dari anjing pengesan dalam proses menyelamatkan mangsa.
Negara tersebut juga dikatakan kerap kali mengalami bencana kerana dilingkari lingkaran api Pasifik. Ia juga kerap dilanda taufan sebanyak 20 kali setahun yang mengakibatkan tanah runtuh akibat dari hujan lebat dan terdapat banyak retakan di permukaan jalan raya serta banyak tiang elektrik yang sudah tumbang.
Sumber: South China Morning Post