Siakap Keli

(Video)Kura-Kura Cengkerang Lembut Betina Terakhir Mati, Spesisnya Kini Diletak Dalam Senarai Pupus

Yantze, kura-kura cengkerang lembut betina terrakhir yang diketahui disahkan mati pada 13 April lalu di sebuah pusat penyelidikan, China’s Suzhou Shangfangshan Forest Zoo di China.

Kematian Yantze meletakkan spesisnya dalam senarai pupus selepas meninggalkan hanya tiga ekor kura-kura cengkerang lembut jantan yang masih hidup.

Kura-kura berkenaan dilaporkan mati sehari selepas percubaan kali kelima persenyawaan yang diusahakan oleh saintis bagi menyelamatkan spesis tersebut.

Pasukan saintis antarabangsa sebelum ini beberapa kali berusaha melalukan persenyawaan tiruan dengan menggunakan sperma daripada kura-kura cengkerang lembut jantan namun berhadapan kegagalan.

”Kura-kura cengkerang lembut jantan dan betina itu gagal untuk melakukan persenyawaan secara semula jadi biarpun diletakkan bersama-sama sejak 2008.

”Kami dapat mengesahkan kura-kura ini subur dan cubaan persenyawaan yang dilakukan sebelum ini dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

”Malangnya, untuk cubaan kali kelima Yantze gagar untuk pulih biarpun diletakkan dibawah pengawasan pakar 24 jam.

”Proses necropsy akan dijalankan dan tisu ovari Yantze akan disimpan untuk kajian di masa depan,” kata kenyataan daripada Wildlife Conservation Society (WCS).

Menurut WCS lagi, tiada komplikasi yang ditunjukkan ketika proses persenyawaan kali kelima itu malah Yantze menunjukkan proses penyembuhan seperti biasa. Punca kematiannya masih disiasat.

Yantze dianggarkan sudah mencapai usia 90 tahun ketika proses berkenaan dijalankan.

Selain seekor kura-kura cengkerang lembut jantan yang dijaga di China’s Suzhou Shangfangshan Forest Zoo, hanya terdapat dua ekor lagi kura-kura spesis sama yang diketahui masih hidup iaitu di Tasik Dong Mo dan Tasik Xuan Khanh. Kedua-duanya terletak di Vietnam.

Aktiviti pemburuan haram oleh manusia bagi mendapatkan telur dan cengkerangnya menjadi punca kepada kepupusan spesis ini.

Selain itu aktiviti-aktiviti manusia yang menhancurkan habitat hasal haiwan berkenaan juga dikaitkan dengan kepupusanya.

”Ia adalah sesuatu yang tragik untuk mengetahui bahawa satunya-satunya betina dalam spesisnya sudah tiada.

”Namun yang lebih parah sebenarnya adalah tindak-tanduk manusia yang menjadi punca kepada berita sedih ini. Kami memuji usaha dijalankan saintis di China dan Vietnam yang cuba sedaya upaya menyelamatkan spesis kura-kura cengkerang lembut daripada pupus,” kata WCS lgi.

Ketika ini, pasukan penyelamat dak aktivis hidupan liar kembali ke Sungai Yantze untuk menjejak sekiranya masih ada kura-kura cengkerang lembut yang tinggal. Sungai berkenaan sebelum ini menjadi rumah semula jadi kepada spesis tersebut.

Kematian Yantze dianggap sebagai panggilan untuk manusia tersedar daripada tindak-tanduknya yang salah. Alam boleh musnah pada bila-bila masa sahaja.

 

Sumber: The Epoch Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.