Siakap Keli

Anda Akan Dapat RM10 Percuma Bila Muat Turun Aplikasi myASNB Di Telefon Bimbit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak asing lagi sebagai sebuah pelaburan paling selamat dan menguntungkan yang boleh dimiliki oleh rakyat negara ini.

Dividen tahunan yang diumumkan oleh ASNB setiap tahun, pastinya ditunggu-tunggu oleh semua pelabur. Kali ini, mereka berbesar hati memberikan pula ganjaran RM10 kepada anda semua yang menjadi pemegang unit amanah ASNB.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu memuat turun aplikasi myASNB di telefon bimbit dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang kempen berlangsung bermula 21 April lalu hingga 20 Mei depan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh baca penerangan seperti di bawah.

Apakah itu aplikasi MyASNB?

Aplikasi MyASNB dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah dimuat turun dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nota: Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, sekiranya ada.

Lima ribu pemegang unit layak dipilih

Sehingga lima ribu (5,000) pemegang unit layak dipilih untuk mendapat unit amanah bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10) secara percuma. Konsepnya siapa cepat dia dapat!

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad termasuk dan tidak terhad kepada kakitangan Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad dan PNB Management Services  Sdn. Berhad.

Syarat-syarat penyertaan

1. Peserta mestilah seorang pemegang unit mana-mana tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.

2. Peserta mestilah memuat turun aplikasi mudah alih myASNB dan berjaya membuat pelaburan mininum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) setiap transaksi ke dalam akaun sendiri dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB (Pelaburan).

3) Setiap pelaburan yang dibuat mestilah melalui aplikasi mudah alih myASNB yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store.

4) Pelaburan mesti dibuat hanya dalam Tempoh Kempen sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari link seperti di bawah :

https://www.myasnb.com.my/

#ASNBpilihanpelaburbijak

Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.