Siakap Keli

”Bila Saya Angkat Mereka Dah Tak Benyawa”, Lelaki Kongsi Detik Kehilangan Anak Dan Isteri Dalam Insiden Bom Sri Lanka

Serangan pengebom berani mati di beberapa buah lokasi di Sri Lanka yang menyasarkan gereja dan hotel mengejutkan banyak pihak.

Menurut laporan Al-Jazeera, dianggarkan sekurang-kurangnya 321 orang mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan.

Antara yang terkorban adalah anak dan isteri kepada seorang pengunjung gereja, Sudesh Kolonne yang berada di loaksi kejadian sempena Easter Sunday.

”Saya hadir ke gereja bersama-sama dengan anak dan isteri saya. Kami berada bersama-sama di dalam gereja dan ketika upacara sambutan hampir tamat, saya keluar sebentar dari gereja.

”Dalam tempoh lima minit, berlaku letupan dan saya mendengar bunyi bising yang sangat kuat. Saya segera masuk semula ke dalam gereja.

”Saya lihat jasad anak dan isteri saya terbaring di atas lantai. Saya tidak tahu nak buat apa. Saya cuba angkat anak saya yang terbaring tetapi dia sudahpun meninggal dunia.

”Tepat, disebelah jasad isteri saya yang juga sudah tiada. Penamat cerita anak dan isteri saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Salah seorang mangsa yang terselamat turun berkongsi kisah sedih kehilangan anak saudaranya yang hanya sempat melihat dunia untuk beberapa bulan sahaja.

”Saya hanya sempat bersamanya untuk tempoh satu bulan setengah sahaja” kata Jude Fernando yang kehilangan anak saudaranya berusia 8 bulan.

Mangsa bersama-sama ibunya baru sahaja hadir ke Sri Lanka dan sempat berkumpul bersama-sama sehari sebelum kejadian pengeboman.

Saksikan video luahan hati mangsa yang terselamat di bawah.

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.