Siakap Keli

Giliran India Alami Gempa Kuat 6.1 Magnitud, Mampu Sebabkan Kematian

Gempa kuat 6.1 magnitud melanda Arunachal Pradesh pada awal Rabu, kata Kaji Selidik Geologi AS.

Pusat gempa bumi cetek itu terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Along, dan 180 kilometer di barat daya Itanagar.

Gempa melanda pada pukul 1:45 pagi (2015 GMT Selasa).

Arunachal Pradesh yang juga bersempadan dengan Bhutan dan Myanmmar adalah penempatan kepada lebih daripada 1.2 juta orang.

Pejabat berita rasmi China Xinhua berkata gempa itu dirasakan sehingga ke Tibet.

USGS menganggarkan gempa tersebut menyebabkan kematian dan kerosakan yang teruk.

Sumber: NDTV

Nur Farra