Siakap Keli

(Video)”Ingatkan UFO…” – ‘Dron Avengers’ Warnai Kemeriahan Langit Kuala Lumpur Untuk Sambut Avengers Endgame

Tak dapat dinafikan, teknik pemasaran filem Avengers sangat unik dan berbeza dari pemasaran filem-filem lain. Malah, filem itu juga mempunyai penceritaan watak yang sangat tersusun sehinggakan hampir setiap dari kita mengenali watak-watak di dalam filem terbabit biarpun tidak pernah membaca komik.

Semalam (23-4-2019 kira-kira 8 malam), berpuluh-puluh dron mewarnai langit berhampiran dengan menara Kuala Lumpur bagi menyambut 24.4; hari tayangan pertama filem Avengers Endgame.

Video perkara itu dikongsi oleh pengguna Twitter Bammin yang berkongsi rentetan gambar sebelum pengguna-pengguna Twitter lain berkongsi video di tweet berkait. Malah, ada juga netizen yang berkata pada mulanya dia menyangka kerlipan-kerlipan cahaya dilangat adalah UFO.

Pada Avengers lepas, menara TM digunakan oleh filem tersebut untuk memasarkan filem itu di Malaysia.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....