Siakap Keli
Entertainment Weekly

End Game Catat Rekod Kutipan Tertinggi Hari Pertama Di China Lebih RM 400 Juta

Peminat filem Hollywood dan pengikut setia filem-filem Marvel khususnya di Malaysia sudah berpeluang menonton filem paling ditunggu-tunggu 2019, The Avengers: End Game.

Namun begitu, media antarabangsa melaporkan filem berkenaan mencatatkan kutipan hari pertama luar biasa di pasaran filem kedua terbesar di dunia, China.

End Game dilaporkan berjaya mengutip sekitar USD 107.2 juta (RM 443.33 juta), dengan kutipan sneakpreview USD 28.2 juta (RM 94.24 juta).

Kutipan terbaik hari pertama yang dicatatkan di China sebelum ini adalah melalui filem The Fate of the Furious pada 2017 dengan kutipan sebanyak USD 69 juta (RM 285.35 juta).

Selain itu, 99 peratus tiket yang disediakan pada hari pertama habis dijual dengan tayangan di semua pawagam bermula setiap 15 hingga 30 minit.

Pemerhati industri hiburan meramalkan End Game mampu meraih kutipan sebanyak USD 270 – 300 juta (RM 1.1 – 1.3 bilion) dalam tempoh lima hari pertama tayangan di China.

Manakala Maoyan, antara gergasi pengedar tiket di China menjangkakan mampu meraih kutipan sebanyak USD 521 juta (RM 2.15 bilion) apabila End Game tamat tayangan di negara tembok besar itu kelak yang mana akan menjadi kutipan filem luar tertinggi di China.

Sebelum ini, The Fate of the Furious menjadi filem asing dengan kutipan tertinggi iaitu pada USD 392.8 juta (RM 1.62 bilion).

Kutipan tertinggi tayangan filem di China dicatatkan oleh filem tempatan, Wolf Of Warrior 2 dengan USD 854 juta (RM 3.53 bilion).

Biarpun jangkaan awal mendapati End Game mungkin tidak dapat mengatasi jumlah kutipan tersebut, namun begitu kutipan hari pertama yang tinggi membuatkan pemerhati membuat pertimbangan semula.

Sumber: Hollywood Reporter

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.