Siakap Keli

Sebelum Beli Tiket Endgame, Ini 11 Filem Marvel Yang Korang Kena Tonton Elak ‘Tersesat’ Dalam Panggung

Untuk korang baca artikel ini dengan tenang, penulis nak buat penafian bahawa artikel ini tiada ‘spoiler’ untuk filem Avengers: Endgame. Sebelum korang beli tiket dan menonton filem terbaru dari Marvel Cinematic Universe (MCU) ini ada beberapa siri filem MCU yang perlu korang tonton ssupaya korang tidak sesat dalam panggung nanti.

Captain America: The First Avenger

Watak Steve Rodgers banyak memainkan peranan dalam Avengers: Endgame yang mana dikenali sebagai Captain America yang datang dengan kegagalan dan sukar untuk menerima dunia penuh penipuan. Oleh sebab itu, sangat berbaloi untuk menonton semula filem pertama Captain America ini dan menyedari exploitasi yang berlaku di dalam Perang Dunia kedua. Tambahan lagi, ia sangat perlu ditonton kerana  akhirnya hubungan persahabatan Bucky dan Steve bersatu semula di dalam Infinity War sebelum berpisah kembali dengan kejam.

Disitu juga fakta Avenger yang pertama terlibat secara langsung dalam penemuan Tesseract, artifak yang dimiliki oleh Hydra untuk menguatkan askar-askar Red Skull dan di dalamnya mengandungi batu Infiniti.

The Avengers

Filem The Avengers adalah penanda arah di mana semua adiwira dibawah MCU bersatu untuk melawan musuh utama mereka. Filem ini menjadi sangat penting kerana banyak babak yang tidak terungkai dalam dalam MCU dihuraikan dalam The Avengers. Filem ini juga permulaan permusuhan antara Avengers dan Thanos secara teknikal dan sehingga membawa kepada filem Endgame.

Babak paling penting apabila Avengers menghalang Loki mencuri Tesseract yang diperoleh untuk Thanos yang mana Infinity War jadi pelengkap kisahnya.

Thor: The Dark World

Dianggap sebagai bukan antara filem terbaik dalam MCU, Thor: The Dark World menjadi satu yang penting apabila dalam filem itu  menjadi pengenalan kepada satu lagi batu Infiniti yang dikenali sebagai Reality Stone yang ditemui  pasa sebuah senjata pemusnah yang dikenali sebagai Aether. Filem ini juga menjadi sebab jatuhnya Asgrad di filem MCU yang kemudiannya dan pengakhirannya Odin dikhianati anag angkatnya sendiri, Loki.

Guardians Of The Galaxy

Sebelum Infinity War ditayangkan, Guardians Of The Galaxy yang ditayangkan pada tahun 2014 menjadi pengenalan kepada watak Thanos. Filem ini juga memainkan peranan Thaos sebagai ‘Shadowy Power Player’ di dalam dunia galaksi dan juga bagaimana Thanos membesarkan Gamora dan Nebula sehingga menjadi pengikutnya yang setia.

Untuk filem Guardians yang pertama dijadikan pengenalan Power Stone yang mana menjadi batu pertama Thanos meletakkannya di Infinity Gaunlet. Tambahan pula, salah satu point jualan filem ini apabila mereka digabungkan dengan Avengers di dalam Infinity War dan Endgame. jadi, filem ini menjadi pengenalan utama pasukan Guardians.

Avengers: Age of Ultron

Dalam perjalanan ke Infinity War, Age Of Ultron menjadikan semuanya lebih jelas dan filem ini memperkenalkan Mind Stone yang ada pada Loki dan menjadi kewujudan kepada watak Vision. Vision dan batunya menjadi  plot utama di dalam Infinity War.

Captain America: Civil War

Untuk filem Captain America: Civil War ini boleh diibaratkan sebagai filem The Avengers 2.5 kerana di dalam filem berlakunya perang saudara antara puak Captain America dan juga Iron Man. Mereka tidak bersatu bagi menentang ancaman baru yang lebih berkuasa.

Civil War juga mengenalkan dua hero MCU yang baru iaitu Spider Man dan Black Panther. Kedua-dua watak ini diperkenalkan sebelum filem Stand Alone mereka ditayangkan.

Doctor Strange

Infinity War menjadi penanda aras pertama kita melihat Stephen Strange dan Wong bertarung disamping Avengers. Jadi adalah lebih baik kita mengimbas kembali filem Doctor Strange yang sudah lebih awal ditayangkan pada tahun 2016. Filem ini juga penting kerana di dalam filem ini diperkenalakan watak baru Eye of Agamotto.

Thor: Ragnarok

Filem ini memaparkan kehancuran Asgard yang sebelum ini dibayangkan dalam filem Age of Ultron dan Thor bangkit menjadi raja yang baru bagi rakyatnya yang tiada tempat tinggal. Babak post-credit dalam filem ini memberikan bayangan bagi filem Infinity War.

Avengers: Infinity War

Filem Avengers: Infinity War dan Endgame boleh diibaratkan sebagai satu filem yang dipisahkan menjadi dua filem yang sangat epik. Dalam filem ini juga menyaksikan The Avengers dan Guardians bergabung untuk menumpaskan Thanos. Lebih mengejutkan, filem pengakhiran Infinity War bukanlah sebuah kejayaan tetapi sebuah kegagalan yang amat memedihkan buat Avengers kerana Thanos berjaya mengumbulkan kesemua batu Infiniti dan menumpaskan Avengers dengan hanya satu petikan jari. Maka, Endgame jadi penentu sama ada Thanos dapat ditumpaskan oleh Avengers dan mampukah Avengers mengembalikan super hero yang hilang selepas ‘The Thanos Snap’.

Black Panther

Bagi memahami keseluruhan filem Infinity War dan Endgame, Black Panther bukanlah salah satu filem yang mesti ditonton semula kerana watak Black Panther telah diwujudkan sejak Civil War lagi. Namun, peperangan Infinity War berlaku di Wakanda iaitu bandar tersembunyi dan Black Panther adalah rajanya. Tambahan pula, Black Panther salah satu filem MCU yang terbaik dan tidak salah untuk ditonton semula.

Ant-Man and The Wasp

Bagi anda yang tidak mahu sesat dan bertanya apa itu Quantum Realm. Filem Ant-Man and The Wasp adalah filem yang wajib untuk ditonton kerana dalam filem Endgame, Quantum Realm adalah kunci utama bagi menjayakan misi Avengers untuk tumpaskan Thanos dan seterusnya mengembalikan super hero yang hilang akibat ‘Thanos Snap’. Selain itu, filem ini juga menjelaskan bagaimana Ant-Man boleh hilang semasa Infinty War.

Kesimpulannya, Avengers: Endgame bakal menjadi sebuah filem yang sangat dinantikan oleh semua peminat MCU. Pastikan anda masuk wayang dan anda sudah faham tentang semua yang berkait dengan filem ini. Sangat rugi jika baru babak pertama anda sudah bertanya dari mana Ant-Man datang, apa itu Quantum Realm dan siapa itu Thanos. Penat kawan sebelah nak cerita satu-satu

Sumber: IGN

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)