Siakap Keli

Wanita 50 Tahun Nekad Buat Rawatan Anjal Wajah, Kulit Melepuh Gelembung Lepas Terima Rawatan ‘Kecantikan’

Seorang wanita berusia 50 tahun tidak menyedari bahawa kulitnya telah terbakar dibahagian dalam selepas menjalani rawatan di Taipei, Taiwan.

Mangsa dipercayai menjalani rawatan jenis Thermage yang berfungsi untuk menganjalkan wajah melalui teknologi radio frequency yang memanaskan lapisan dalam kulit untuk merangsang kolagen.

Walau bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, dia mula merasakan kesakitan drastik di wajahnya yang kemudiannya diikuti kehadiran lepuh air.

Mangsa ke hospital tetapi akhirnya menjalani rawatan intensif selama tiga minggu.

Doktor yang merawat memberitahu pesakit datang kepadanya untuk mendapatkan bantuan selepas mengalami trauma akibat kesakitan melampau.

“Ia disebabkan oleh kekuatan rawatan. Jika pesakit berada di bawah anestesia umum semasa prosedur, dia tidak akan dapat memberikan maklum balas kepada ahli bedah secara tepat masa.

“Dia tidak akan dapat memberitahu mereka sama ada ia menyakitkan atau tidak, menyebabkan terlalu banyak rawatan dan akhirnya kecederaan yang ‘membakar’ muka.”

Disebabkan kecederaan terbakar itu, dia perlu menunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan sebelum menjalani prosedur baru.

Sumber: Metro UK

Nur Farra