Siakap Keli

Warga Emas Maut Ditembak Isteri Kerana Berang Mangsa Melanggan Saluran Pornografi Di TV

Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun maut selepas ditembak oleh isterinya sendiri yang berang dengan tindakan mangsa menambah saluran pornografi dalam langganan siaran televisyen, dalam kejadian yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat.

Suspek yang berusia 69 tahun ketika ini sedang berhadapan dengan pertuduhan bunuh selepas mangsa ditemui mati dalam rumah mereka di Pine Bluff, Julai tahun lepas.

Isnin lepas, mahkamah diberitahu bahawa suspek sebelum ini pernah dua kali membatalkan langganan dua saluran X-Rated namun berang dan menembak suaminya sendiri selepas mendapati mangsa sekali membuat langganan semula.

Suspek dikatakan menamatkan riwayat suaminya sendiri menggunakan pistol .22 kaliber. Polis memberitahu menemui kesan tembakan pada bahagian kaki dan kepala mangsa. Penyata bil langganan siaran televisyen turut ditemui berhampiran mayat.

Dalam perbicaraan, suspek mengaku tidak bersalah dan berkata tindakan suaminya melanggan saluran pornografi sebagai cubaan berkofrontasi dengan dirinya dan Tuhan.

Suspek juga akan dibawa menjalani pemeriksaan masalah mental untuk mengetahui tahap kesihatan mentalnya ketika kejadian berlaku.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.