Siakap Keli

Kejam, Lelaki Gantung Kucing Depan Pagar Sebab Bengang Burung Peliharaannya Dikacau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mengikut Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, barang siapa yang bertindak kasar dengan memukul, menendang, mendera, mengabaikan atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan sehingga disabit kesalahan denda antara RM20,000 dan RM100,000 serta penjara tak lebih 3 tahun.

Terbaru, kes melibatkan seekor kucing dizalimi menarik perhatian netizen.  Rata-rata mengeji tindakan tidak perikemanusian individu yang berbuat demikian.

Gambar yang dikongsi melalui Facebook Eryn Yusoff Nory menceritakan kejadian yang berlaku.

KESIAN.!!!! Kesian sebab ada manusia yg tak ade hati perut macam jiran aku ni.. aku x faham ape salah si bulus ni sampai si bulus ni diperlakukan mcm ni sekali…

Kalau die kacau burung2 kau dalam sangkar pon cukup lah sekadar kau halau je.. ni tak… tergamak kau jerut leher die lepas tu kau gantung tali tu sampai si bulus comel ni mati dalam keadaan berdiri mcmni…

Sampai hati kau kan… aku xnak doakan kau mati kene jerut jugak.. x baik… paling2 tak pon nanti pagi kau nak pergi keje Allah balas ape yg kau buat kat kucing ni… amin… buat si bulus..esok pagi2 aku semadikan kau yee… tengah2 pagi ni kalau aku mencangkul kang mcm seram pulak… #animalabuse

Sumber: Eryn Yusoff Nory

Nur Farra