Siakap Keli

Doktor Malaysia Yang Berpangkalan Di Singapura Berjaya Diselamatkan Setelah Hilang Di Gunung Annapurna

Pendaki dari Malaysia, juga seorang doktor yang terkandas selama dua malam di Gunung Annapurna, Nepal diselamatkan pada Khamis (25 April), kata penganjung ekspedisi.

Kejadian itu dikatakan sebagai salah satu keajaiban apabila Dr. Chin Wui Kin yang berusia 48 tahun diselamatkan dalam keadaan beliau beku setelah dua hari ditinggalkan sendirian di atas gunung. Salah seorang yang mengikuti pencarian itu ialah Thaneshwor Guragain, salah seorang penganjur Seven Summit Treks.

Dr. Chin, merupakan seorang doktor perunding pakar anestesi di Hospital Besar Ng Teng Fong, Singapura dipisahkan dari kumpulan pengembaraan ketika menuruni puncak gunung. Beliau berkata, ketika menuruni puncak gunung setinggi 8,100 meter beliau gagal mencari jalan kembali ke tapak kem yang terletak 1km di bawah puncak.

Beberapa anggota pasukan menunggu beliau di tapak kem untuk mendapatkan oksigen tambahan dan cuba menghubungi beliau, namun masih gagal. Cubaan untk menghantar helikopter dan menghantar bekalan tidak dapat dilakukan berikutan cuaca buruk.

Pada awal Khamis, pemerhatian yang dilakukan oleh helikopter mendapati bahawa Dr. Chin melambai-lambai dari cerun bersalji di ketinggian sekitar 7,500 meter, kata penganjur.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada sekitar jam 6, hari Khamis, Kementerian Luar Negeri Malaysia, berkata penyelamat edang dalam proses untuk membawa Dr.Chin turun dari gunug dan segera mendapatkan rawatan perubatan.

Dalam ucapanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama kumpulan penyelamat yang berusaha menjejaki Dr. Chin serta kerajaan Nepal.

Dr. Chin kembali semula ke Nepal selepas beliau mengetuai pengembaraan ke Gunung Everest, tahun lepas. Selepas kejadian ini berlaku kepada Dr. Chin, penyelamat dalam misi ini menyatakan bahawa ianya merupakan ‘kejaiban’ kerana tidak semua orang mampu bertahan dalam keadaan cuaca dan ketinggian yang ekstrem itu.

Gunung Annapurna secara teknikalnya merupakan gunung yang sukar untuk didaki dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi dari Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia.

Pada Oktober lalu, sembilan pendaki dari Korea Selatan terbunuh selepas badai salji melanda merek dari tebing di Gunung Gurja, barat Annapurna. Beratus, ratus orang terbunuh dari seluruh dunia setiap tahun untuk musim memanjat, iaitu musim bunga, iaitu keadaan terbaik untuk memanjat gunung.

Sumber: Channel News Asia 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia