Siakap Keli

Gempa Berukuran 5.3 Magnitud Gegar Selatan Filipina

Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Kejadian berlaku pada 1.26 petang waktu tempatan pada kedalaman 9 km, 71 km tenggara bandar General Luna.

Phivolcs berkata gegaran turut dirasai di Bandar Gingoog dan Suirgao di wilayah Mindanao, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. Ia turut mencetuskan empat gempa susulan berukuran antara 3.0 hingga 4.4 magnitud.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.