Siakap Keli

Ibarat Kembali Ke Masa Lampau, Sentuhan Ajaib Jurugambar Ini Buat Ramai Netizen Terpukau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap jurugambar pastinya mempunyai perspektif dan subjek kegemaran pilihan mereka. Kehidupan sebagai jurugambar pastinya penuh dengan ‘babak menarik yang diwarnai’ dengan kerja keras serta kreativiti. Sebenarnya terdapat banyak tema yang sering digunakan dalam bidang fotografi, antaranya adalah landskap, fesyen, jurnalistik, komersial, potret dan human interest.

Seorang jurugambar yang lebih dikenali sebagai Lengz menyatakan bahawa beliau lebih tertarik untuk mengambil gambar bertemakan human interest. Tema jenis ini mengangkat suasana dan mood serta menimbulkan emosi dari orang yang melihat. Kebanyakkan gambar yang diambil akan menceritakan tentang kehidupan rakyat marhaen dari kawasan desa dan sekitarnya.

Lengz menjelaskan bahawa beliau lebih tertarik dengan fotografi penceritaan klasik, kemasyarakatan dan budaya tradisional. Uniknya, disetiap gambar yang diambil oleh Lengz pastinya membawa kita jauh ke masa lampau. Beliau sentiasa berusaha untuk menterjemahkan setiap gambar dalam bentuk satu cerita.

Terbaru, perkongsiannya di laman Facebook benar-benar mencuri perhatian netizen. Foto tersebut memaparkan seorang lelaki tua, berpakaian seperti seorang petani yang sedang melepaskan lelahnya setelah penat bekerja.

Suasana sawah padi benar-benar mengamit kenangan ditambah pula dengan efek cahaya dan warna langit kemerah-merahan. Lengz mengatakan bahawa pengambaran itu dilakukan di sebuah sawah padi di Pasir Mas Kelantan. Talent yang digunakan dalam pengambaran ini adalah Mat Daud Idris atau dikenali sebagai Pok Mat Daud begitu menghayati mood sehingga membuatkan gambar tersebut benar-benar ‘hidup’

Lengz juga suka mengambil peluang untuk memperkenalkan alat-alat tradisional yang pernah digunakan pada zaman dahulu. Disebabkan itulah beliau sering memasukkan peralatan dan alatan tradisional dalam setiap gambar yang diambilnya. Contohnya pada kali ini beliau memasukkan sekali ‘alat penyimpanan air’ sebagai prop dalam mengetengahkan keunikkan masyarakat melayu kampung.

Lengz cuba untuk menceritakan kehidupan seharian masyarakat kampung dan perasaan sayang terhadap haiwan peliharan. Pok Mat sekali lagi dipilih untuk ‘membintangi’ pengambaran kali ini. Latar tempat menjadi aspek penting dalam pembikinan sesebuah gambar, oleh itu Lengz telah memilih kawasan di sekitar bukit berhampiran dengan air terjun di Kelantan.

Sumber : Lengz Jurufoto

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.