Siakap Keli

“Tak Tahu Cerita Sebenar Terus Sumpah Seranah,” Insiden Kanak-Kanak Jatuhkan Barang, Ibu Bapa Tampil Dedah Kisah Sebenar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai insiden menjatuhkan barang di sebuah pasaraya .Gambar viral tersebut memaparkan seorang wanita berbaju merah (dikatakan sebagai pekerja) serta botol-botol pewarna kuku (nail polish) dan contact lens yang pecah berselerakkan di lantai. Kejadian itu mengundang kritikan dari netizen tentang sikap ibu bapa yang tidak mengawasi tindak tanduk anak-anak ketika membeli belah.

Gambar : Yenbnz

Disamping itu, ada sekeping gambar lagi yang menunjukkan seorang wanita (dipercayai sebagai tuan kedai) sedang membuat kira-kira menggunakan kalkulator.

Gambar : Yenbnz

Jangan Menuduh Jika Tidak Tahu Situasi Sebenar

Terpanggil untuk mengetahui cerita sebenar, pihak Siakap Keli telah menghubungi sendiri kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Menurut Mageline Mgt Sibu yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

Kisah sebenarnya, anak beliau yang berusia 9 tahun itu cuba untuk mengambil headband yang bergantung di tepi rak tersebut. Semasa cuba untuk mencapai headband tersebut, baju anaknya itu tersangkut pada besi pengantuk berkenaan. Laluan di antara rak dan tempat pengantung itu agak sempit, ia menyebabkan badan anaknya terkena barang-barang di rak bersebelahan.

Terkilan Dengan Tuduhan Melulu Masyarat

Mageline dan suaminya Martin Saba Chan berasa terasa sedikit terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang menuduh dan memberi kata negatif kepada anaknya mahupun mereka suami isteri. Mageline turut menyatakan bahawa dia sendiri ada di tempat itu sewaktu kejadian tersebut terjadi. Anaknya bukan sengaja melakukan perkara tersebut.

Apabila suaminya (Martin) datang ke tempat berkenaan, Martin meminta untuk melihat rakaman semula di CCTV kedai terbabit. Namun tuan kedai menyatakan bahawa CCTV berkenaan tidak berfungsi. Malah menurut Mageline, rak tersebut tidak beroda sememangnya sudah senget sebelah.

Martin berkata :

” Yang aku hairan kenapa nak viral hal macam ni sampai kutuk saya dan anak saya. Suatu hari nanti benda macam ni jadi kat engkau orang baru tau. Tak tahu cerita sebenar terus nak sumpah seranah.”

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak kedai telah meminta ganti rugi sebanyak RM 600.00 namun mereka berdua telah menjelaskan separuh daripadanya iaitu RM 320.00. Di akhir perbualan, mereka meminta kejadian ini dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak cepat melatah dan membuat persepsi sendiri sebelum mengetahui perkara sebenar.

Gambar : Martin Saba Chan

Sumber : Mageline Mgt Sibu & Martin Saba Chan

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di