Siakap Keli

“Sekarang Kita Nak Cari ‘Kepala’ Je,” Instagram Kena Report, Caprice Tawar RM10K Untuk Bongkar Dalang Disebaliknya

Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice sememangnya merupakan seorang selebriti yang terkenal dengan kepetahannya berbicara mengenai isu-isu semasa dan hiburan tanah air. Namanya mula disebut-sebut sekitar tahun 2014 setelah lagu nyanyiannya ‘Xde Hal Bro’ tular di laman Youtube ketika itu.

Caprice selalu menggunakan platform sosialnya seperti Instagram dan Youtube untuk berkongsi idea mahupun pendapat dengan masyarakat. Keprihatinan Caprice mengenai isu semasa sama ada di luar mahupun dalam negara telah membuat dirinya menjadi di antara selebriti yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial.

Gambar : Caprice

Beliau juga sering dijemput untuk memberi motivasi serta berkongsi pengalamannya di univeristi dan pelbagai institusi pendidikan di negara ini. Selain itu, Caprice juga dikagumi kerana begitu tegar untuk mengubah perspektif masyarakat dalam sesuatu perkara ke arah lebih positif. Malah, beliau juga turut melancarkan beberapa aplikasi yang berkaitan dengan pendidikan.

Semalam kecoh di media sosiala apabila laman instagram penyanyi rap tersebut dikatakan telah digodam oleh individi tidak bertanggungjawab. Menurut kenyataan dari instagram Bang Bang Company, mereka dalam proses untuk mendapatkan semula akaun @capriceofficial milik Caprice yang baru digodam. Sesiapa yang berjaya mendapatkan semula akaun tersebut akan dihadiahkan wang berjumlah RM 10,000.

https://www.instagram.com/p/BwtOVMVpH0h/

 

Terbaru, Bang Bang Company memberitahu bahawa instgaram Caprice tidak digodam tetapi telah direpot secara besar-besaran (berkali-kali). Mereka turt menambah bahawa pemberi maklumat akan diberi ganjaran RM 10,0000. Malah Caprice juga tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya individu yang bertanggungjawab tampil memberi penerangan.

https://www.instagram.com/p/BwuLQOiB4iK/

Sumber : Bang Bang Company

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.