Siakap Keli

Pengarah ‘Nur 2’ Jawab Komen Peguam Bahawa Tidak Pernah Dalam Sejarah Wanita Ditahan Merogol Seorang Lelaki

Pengakhiran drama bersiri ‘Nur 2’ mendapat perhatian netizen apabila babak Juita ditahan kerana dituduh merogol menjadi topik debat hangat di media sosial.

Rata-rata mempersoalkan kedudukan seorang wanita yang dituduh merogol. Dalam pada itu, seorang peguam beberapa hari lalu turut melontarkan pandangannya terhadap isu ini dan berpendapat bahawa tidak pernah seorang wanita ditahan kerana merogol seorang lelaki dalam sejarah undang-undang negara ini.

Walau bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Shahrulezad memberikan penjelasan melalui Instagram miliknya.

Terima kasih pada lawyer Zabetha yg memberi komen terhadap scene Adam membuat laporan polis mengatakan dia dirogol dan scene polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Ya betul kalau mengikut klausa undang undang Malaysia there is no such thing perempuan merogol lelaki. Tak pernah dalam sejarah perundangan Malaysia seorang wanita dituduh merogol. Belum ada.

Mungkin Adam lah lelaki pertama di Malaysia atau di rantau ini yg mencabar undang undang berat sebelah itu di dalam Nur3 nanti bila Juita terlepas dari hukuman yg setimpal gara gara undang undang yg dirasakan berat sebelah baginya. Adam cuma mahu keadilan bagi dirinya yg menjadi mangsa kerakusan wanita seperti Juita.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah. Segala puji bagi Allah yg mengurniakan segalanya. Syukur di atas rezeki bersama itu.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Abam kata mungkin yer… undang undang rogol yg dicipta mungkin tidak relevan pada masa kini bila mana hukumannya berat sebelah hanya pada lelaki saja. Tiada istilah perogol untuk wanita. Sedangkan telah mula ramai wanita yg berperangai seperti Juita dewasa ini yg sanggup melakukan apa saja demi nafsu. Dewasa ini banyak kes kes rogol yg mana mangsanya ialah lelaki mula berleluasa di dunia. Cuba Google. Di India. Di Afrika. Cuma undang undang di Malaysia sahaja yg masih memberi kelebihan melepaskan wanita dari tuduhan begitu. Di era hak kesamaan gender seperti ini sepatutnya undang undang sebegini di gubal. Bagi abam kalau lelaki boleh disabitkan dakwaan merogol wanita juga sepatutnya boleh disabitkan dakwaan merogol.

Apa apa pun terima kasih sekali lagi di atas teguran itu. Tak salah Adam buat report polis merasakan dirinya di rogol. Yg salahnya ialah bila polis menahan Juita atas tuduhan merogol. Tu abam mengaku khilaf abam. Abam patut tulis Juita ditahan atas tuduhan sexual harrasment atau membuat tuduhan palsu. Mengikut klausa undang undang sedia ada adalah mustahil Juita ditahan begitu. Atau mungkin jugak Juita boleh saja menjadi wanita pertama di Malaysia ditahan atas tuduhan merogol sekiranya Adam berjaya mencabar undang undang sedia ada. Err…tu mungkin dalam Nur3 la… Abam kata mungkin yer… Hehehehe

Haaa… Start la tu nak merepek. Abam kata mungkinnnnnnnnnnnn laaaa. Jangan nak berangan. Hello penat tak habis lagi ni hah. Haishh!

Sumber: budakijat

Nur Farra