Wajah Wan Dazrin atau Da’i Wan sering muncul di kaca televisyen malah namanya juga sering ‘meniti’ di media sosial. Segala kata-kata insiprasi, perkongisan dan teguran daripadanya selalu menjadi peringatan kepada masyarakat. Beliau mula dikenali selepas menjadi salah seorang finalis di dalam sebuah rancangan realiti.
Percaya dengan kata-kata bahawa dakwah perlu disampaikan dengan saluran yang betul, Da’i Wan selalu menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk berinteraksi dan menyampaikan dakwah. Hal ini oleh demikian kerana beliau tahu bahawa golongan muda terutamanya lebih suka menggunakan platform berkenaan. ini merupakan salah satu cara untuk beliau mendekati golongan tersebut.

Da’i wan sering dijemput di rancang bual bicara mahupun di universiti dan institusi pendidikan untuk memberikan motivasi dan perkongsian. Beliau juga antara pendakwah yang selalu memberikan teguran secara terbuka kepada selebriti. Terbaru, heboh diperkatakan tentang Da’i Wan yang enggan mengulas lanjut mengenai isu sensasi PU Abu dan Fathia Latiff.
Kpd semua yg Tag sy dgn News Fathia Latiff.
Maaf.
There is no more ‘Surat terbuka’ on Celebrities / Ministers dari sy dah.
Saya dah serik dgn sikap Netizen yg memilih utk Viralkan surat terbuka tertentu.
Saya akn fokus utk jwb soalan2 keagamaan & motivasi kehidupan shj.😊
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) April 25, 2019
Da’i Wan seterusnya memuat naik ciapan di laman twitternya untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Menurut Da’i Wan, beliau sudah serik dengan sikap sesetengah masyarakat. Malah beliau hanya akan fokus untuk berkongsi mengenai isu berkaitan keagamaan dan motivasi sahaja. Perkara berkenaan nyata menjadi bualan hangat di laman twitter.
Disebalik segala kritikan itu, ada diantara netizen yang menyokong tindakan Da’i Wan. Salah seorang daripada menyatakan bahawa Da’i akan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Perkara itu hanya diperbesarkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab, walhal Da’i Wan telah bnayak mengajarnya tentang banyak perkara dan membuatnya lenih menghargai hidup ini.

Selain itu, ada juga yang meminta msyarakat untuk menghormati para ilmuan kerana mereka merupakan aset terbaik untuk menyebarkan kebaikan.

Malah mereka mengharapkan bahawa netizen jangan membuat sebarang konklusi jika tidak tahu perkara sebenar.

Biasalah manusia, tiada yang sempurna apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat memuaskan hati semua. Banyakkan bersabar.

Sumber : Da’i Wan