Siakap Keli

Daripada Seorang Penagih Yang Pernah Dipenjara, Kepada ‘Hero’ Yang ‘Menyelamatkan Dunia’

Dalam keterujaan para peminat filem Hollywood dengan kehadiran The Avengers: End Game di pawagam-pawagam seluruh negara, salah seorang watak tunjang dalam Marvel Universe mempunyai kisah hidup yang boleh dijadikan teladan.

Walaupun namanya masyhur sebagai antara adiwira kegemaran ramai, bermula daripada filem pertama Iron Man sehinggalah End Game, Tony Stark atau nama sebenarnya Robert Downey Jr sebenarnya ada kisah hitam yang terpaksa dilalui dalam dunia realiti.

Menurut laporan Drug Abuse, Robert Jr sudah mengenali ganja sejak usianya baru 6 tahun akibat pengaruh yang dibawakan oleh ayahnya, Robert Sr yang juga pembikin filem cult ketika itu.

Malah, Majalah People 1996 pernah melaporkan bahawa dadah menjadi pengikat hubungan emosional antara Robert Jr dengan ayahnya.

Bermula daripada masalah ketagihan dadah, beliau kemudian beralih menjadi seorang lelaki pemabuk yang tidak boleh renggang dengan minuman keras pula.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua masalah berkenaan pernah menjadi punca Robert Jr terpaksa meringkuk di dalam penjara pada 1999 selama 3 tahun.

Walaupun menpunyai masalah ketagihan, ia tidak menghalang beliau daripada mencipta nama dalam industri hiburan di Amerika Syarikat dan semuanya bermula pada pertengahan tahun 1980 sebagai pelakon muda.

Selain muncul dalam semusim penuh A Saturday Night Live pada 80-an, beliau turut pernah menjadi sebahagian daripada filem-filem seperti The Pick-Up Artist, Less Than Zero dan Chaplin.

Pada 2003, Robert Jr dalam temubual dengan New York Times mengakuiĀ  sering ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan dadah selain turut keluar masuk penjara.

Akibat masalah tersebut, beliau juga pernah disisihkan daipada rancangan Ally McBeal biarpun antara watak utama. Selepas itu, Robert Jr diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemulihan akibat ketagihannya itu pada 2001.

Selepas tamat tempoh rehab, isteri Robert Jr, Susan Downey berkata barulah beliau menujukkan tanda-tanda pemulihan dan meninggalkan dadah untuk hidup yang lebih baik.

Bermula dengan The Singing Detective pada 2003, karier Robert Jr memuncak semula sehinggalah muncul dalam Iron.

Di situ, dia menjadi hero pujaan ramai. Namanya disebut-sebut dan penampilannya dalam Marvel sentiasa dinanti-nanti.

Hari ini, Robert Jr yang dahulunya mempunyai masalah ketagihan menjadi Tony Stark yang ‘menyelamatkan’ dunia daripada kehancuran.

Sumber: Drug Abuse

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.