Siakap Keli

Duka Pemilu 2019 Indonesia, Kira-Kira 225 Petugas Pilihanraya Maut Kepenatan Kira Undi

Dilaporkan kira-kira 225 orang petugas pilihanraya yang terbabit dalam proses kira undi Pilihanraya Umum Indonesia 2019 (Pemilu) dilaporkan maut akibat kepenatan, setakat Khamis lepas.

Menurut laporan Suara Palu, seramai 7.2 juta orang petugas pilihan raya terlibat dalam Pemilu kali ini. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,695 orang sukarelawan jatuh sakit sehingga perlu mendapat rawatan di hospital akibat kepenatan melampau.

”Jumlah yang terkorban adalah 225 orang dan sakit adalah 1,470 daripada jumlah keseluruhan 1,695 orang,” kata KPU Viryan Aziz kepada wartawan.

Rata-rata yang terkorban kerana terlibat dalam proses kiraan undi manual yang sangat lama bermula daripada 17 April lepas.

Proses pilihanraya di negara itu kali pertama diadakan secara serentak membabitkan 192,828,520 orang pengundi berdaftar.

Antara lain proses pihan raya ini dijalankan serentak adalah bagi menjimatkan kos pilihanraya, sumber tenaga dan polemik pilihanraya yang sering dihadapi sebelum ini.

Sumber: Suara Palu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.