Siakap Keli

Jaga Hati Juga Nafkah Batin, Lelaki Kongsi Cara ‘Bahagiakan’ Isteri, Tunaikan Hak Seadilnya

Sering kali kita mendengar rata-rata daripada kita berbincangkan soal nafkah zahir daripada suami kepada si isteri.  Nafkah zahir untuk isteri termasuk keperluan harian seperti makan, minum, tempat tinggal dan pakaian.

Tapi, bagaimana pula dengan nafkah batin? Adakah ia semata-mata menjurus ke arah nafsu?

Perkongsian Akhtar Syamir  menceritakan ‘perjalanannya’ memenuhi keperluan nafkah batin buat si isteri.  Semoga menjadi inspirasi buat para suami di luar sana.

Menunaikan nafkah batin buat isteri. Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini. Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy. Akbar duduk di belakang, bermain dan Daisy yang tadinya tidur, sudah mula tersengih-sengih. Isteri saya Nora Azni sedang berada di dalam Salun sambil ditemani anak sulung kami, Jasmine.

“Nafkah batin apa kau merepek ni?”. Soalan yang bakal terpancar di benak hati lelaki berstatus suami yang hanya ingat nafkah batin itu hanyalah seks semata-mata.

Definisi Batin : 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati ( http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=batin ).

Menunaikan, memberi, merealisasikan, melayan apa yang tersimpan di dalam hati isteri boleh dikatakan amat tepat untuk menghuraikan maksud menunaikan nafkah batin.

Itu je? Seksnya mana? Seks hanya salah satu dari perasaan di dalam hati isteri. Jangan angkat dia sebagai yang paling utama sedangkan di dalam hati dan perasaan isteri ini ada banyak lagi. Inilah kesilapan yang kita perlu sedar dan betulkan.

Kenapa ke Salun ini menjadi nafkah batin? Kerana sebagai suami, kita harus mendengar hati kecil isteri. Bangun dari tidur tadi isteri saya cakap dia nak gunting rambut. Saya bertanyakan kepastian dia dan dia cakap betul, dia nak gunting rambut. Saya terus setuju dan dalam 30 minit, kami sudah dalam kereta menuju ke Salun.

Kenapa saya tak fikir panjang? Sebab dia dah bagitau banyak kali dah secara tidak langsung. Dari menunjukkan rambut yang gugur, hujung rambut yang rosak dan lain-lain cara lagi. Bermakna, benda ni telah lama bermain di fikirannya. Kita hanya perlu buka mata dan dengar.

Mula-mula dia hanya nak potong dan cuci. Saya minta dia buat treatment sekali. Kena ingat ya, rambut wanita ini terutamanya yang panjang, kena buat treatment. Penjagaan dia tak sama macam rambut lelaki yang pendek. Jadi saya berharap sangat jangan ada orang pandang remeh bab ni.

Tak sempat kot katanya nak buat treatment sekali. Takpelah kalau macam tu. Kami bertiga pun tunggu dalam kereta sambil layan Cocomelon di Youtube. Hampir sejam berlalu, saya pasti yang dia dapat buat treatment sekali. Seketika kemudian, mereka berdua pun keluar dari Salun dengan penuh senyuman.

Itu sudah cukup buat saya rasa berbaloi menunaikan nafkah batin buat si dia. Isteri yang senyum manis adalah isteri yang gembira. Dan isteri yang gembira bakal membuatkan keluarga yang gembira. Kena percaya ayat ini.

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan pulang, hampir kesemua lampu isyarat lampunya hijau dan saya pun tidak lewat ke tempat kerja. Sangat dipermudahkan.

Jadi, adakah membawa isteri ke Salun termasuk dalam memberi atau menunaikan nafkah batin buat isteri? Sudah semestinya ya.

Tak sampai seratus pun. Setahun sekali pun takpe. Boleh buat kat Salun mesra Muslimah macam ni. Siap ada bilik yang bertutup khas, buat yang bertudung.

Semoga dapat mendetikkan niat dan memberi manfaat. Silalah berkongsi penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar bahawa nafkah batin itu bukan hanya seks semata-mata.

Soalan buat si isteri, bila kali terakhir anda buat treatment? Jika ada, boleh kongsi buat kat mana?

Buat si suami, jika tak pernah dengar pasal treatment rambut, bawa isteri anda ke Salun terus. Mereka amat memerlukannya.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

BroOhsem

Nur Farra