Siakap Keli

“Kalau Betul-Betul Dia Tak Melentik,” Individu Dakwa Kononnya Terbeli Cili Plastik, Makan Melekat Di Tekak

Media sosial dikejutkan dengan satu video yang dikongsi individu menerusi Twitter yang menunjukkan sebiji cili yang didakwa cili plastik.

Cili tersebut dikatakan dibeli di sebuah pasaraya di Lembah Klang.  Individu itu mendakwa bahawa berasa sedikit pelik dengan keadaan cili itu apabila dimakan.

“Kalau cili betul-betul dia tak melentik walaupun kita potong.  Dia akan putus-putus.

“Perhatian semua kalau beli cili, saya dah terkena dah termakan dah.  Bila makan terlekat-lekat dekat leher.  Tu yang saya tau cili plastik.”

Netizen rata-rata terkejut dengan penemuan itu dan kecewa sehinggakan cili pun dipalsukan.

Walau bagaimanapun ada yang berpendapat untuk melaporkan perkara tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memberikan tanggungjawab tersebut kepada pihak yang sepatutnya untuk mengesahkan perkara tersebut.

Sumber: Twitter

Nur Farra