Siakap Keli
next shark

Peminat Fanatik Avengers Menangis Tak Henti, Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital

Seorang peminat fanatik filem “Avengers” terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara terkena serangan “hyperventilate” setelah tidak dapat mengawal tangisannya semasa menonton filem “Avengers: Endgames” tersebut.

Wanita yang berasal dari timur China itu merupakan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun.

https://youtu.be/YHgIBfw_L7s

Mangsa dikatakan mengalami masalah sukar untuk bernafas dan merasakan sakit di bahagian dadanya. Beliau juga turut mengalami kekejangan pada otot yang menyebabkan jarinya kaku.

“Saya lihat pesakit mengalami masalah sukar untuk bernafas.” Menurut rakannya yang lain, sebelum mengalami hyperventilasi, beliau menangis terlalu banyak sehingga tangisannya tidak dapat dikawal dan mula mengalami masalah sukar untuk bernafas.

bao moi

Menurut Dseorang doktor dari Mingzhou Hospital of Zhejiang University berkata hyperventilation berlaku disebabkan seseorang mengalami kadar pernafasan yang lebih cepat dari biasa dan ianya boleh menyebabkan oksigen berlebihan dan kehilangan karbon dioksida dalam salur darah dengan cepat.

Menurutnya lagi, pakar perubatan kebiasaannya akan menasihati pesakit supaya lebih bertenang agar kadar pernafasan kembali normal. Namun, apabila pesakit tidak mampu untuk mengawalnya, maka rawatan kecemasan akan diberikan.

next shark

“Dengan membantu menenangkannya kami akan dapat membolehkan pesakit menerima lebih banyak oksigen seterusnya mengembalikan kadar tekanan darah ke paras normal seperti sediakala”. kata doktor tersebut lagi.

“Avengers: Endgame” yang merupakan salah sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatya telah mula ditayangkan pada jumaat lepas di Amerika Syarikat. Filem itu juga telah ditayangkan dua hari lebih awal di China dan mengaut keuntungan sebanyak $107.5 million dengan pembukaan tayangan global sebanyak $169.

next shark

Mangsa dikatakan sudah dibenarkan pulang selepas diberi rawatan oleh pihak hospital. Baru ini, kes terbabit telah menjadi buah mulut dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen terutamanya di laman sosial Weibo.

Sumber: Next Shark

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"