Siakap Keli

Revolusi Alaf Baru, Kedai Makan Sushi Pecah Tradisi Bayar Makanan Ikut Jumlah ‘Followers’

Seorang pemilik restoran di Milan, Itali mengambil langkah berani dengan menggantikan populariti dengan wang ringgit.  Ini bermaksud, lebih ramai pengikut yang dimiliki melalui Instagram, lebih murah pelanggan perlu membayar harga hidangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by This Is Not A Sushibar (@thisisnotasushibar) on

Restoran itu dibuat berkonsepkan makanan Jepun yang terletak di rantau Porta Venezia.  Pelanggan boleh menikmat berapa sahaja pinggan yang mereka mahu, asalkan mereka memperoleh likes yang banyak untuk setiap gambar yang dimuat naik.

Bagaimana perniagaan itu dijalankan?

Selagi pengunjung mempunyai akaun Instagram, mereka perlu memuat naik gambar makanan di kedai itu dengan menggunakan hashtag #thisisnotasushibar.

Kemudian, tunjuk posting yang telah di muat naik dan pihak kedai akan mengira diskaun berdasarkan pengikut/likes yang diperoleh.

  • Pelanggan dengan 1,000 – 5,000 pengikut mendapat satu (1) hidangan percuma.
  • Dua (2) plat percuma jika mereka mempunyai 5,000 – 10,000.
  • Empat (4) plat percuma jika mereka mempunyai 10,000 – 50,000.
  • Lapan (8) plat percuma jika mereka mempunyai 50,000 – 100,000 pengikut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alex the Danang Bookie (@danangbookie) on

Sumber: Metro UK

Nur Farra