Siakap Keli

Status Agama Dalam Kad Pengenalan Kekal dan Tiada Perubahan – Tan Sri Muhyiddin

Status agama dalam kad pengenalan kekal seperti proses pendaftaran sedia ada, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, perkara itu pernah dibangkitkan sebelum ini namun tiada perubahan dibuat.

“Ada pandangan kata ia tidak wajar diubah (status agama digugurkan) kerana bertentangan (dengan Perlembagaan. Ini kerana ia berkait dengan hak istimewa orang Melayu untuk membezakan antara Melayu dan bukan Melayu.

“Isu ini juga boleh timbulkan perkara sensitif kerana menyentuh kaum lain dan kena diperhalusi. Sementara itu, saya nyatakan kita kekalkan status pendaftaran seperti asal di mana soal agama dan bangsa dimasukkan,” katanya.

BACA: KDN Akan Perhalusi Cadangan Gugur Perkataan Agama Dalam Kad Pengenalan

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)