Siakap Keli

Ahli Akademik Dakwa Makhluk Asing Sudah Ada Di Bumi Dan Membiak Dengan Manusia

Seorang profesor daripada Universiti Oxford mendakwa makhluk asing sudah lama berada di Bumi dan membiak bersama manusia bagi menghasilkan spesis hibrid baru yang bakal menyelamatkan planet ini.

Dr Young-hae Chi, salah seorang tenaga pengajar berbangsa korea di Oxford’s Oriental Institute juga mendakwa bahawa spesis ini juga berupaya untuk menyelamatkan Bumi daripada musnah akibat perubahan cuaca.

Beliau sudahpun membuat dakwaan ini sejak 2012 melalui kuliah-kuliahnya bagaimanapun baru-baru ini telah menerbitkan sebuah buku bagi membincangkan topik berkenaan.

Buku berkenaan yang ditulis dalam bahasa Korea bertajuk Lawatan Oleh Makhluk Asing dan Pengakhiran Tamadun Manusia.

Dakwanya lagi, dia amat percaya bahawa perubahan yang ditunjukkan oleh Bumi mempunyai kaitan dengan operasi menculik manusia yang dijalankan oleh spesis makhluk asing.

Sehingga ini beliau mengelaskan makhluk asing kepada 4 kumpulan iaitu kecil, tinggi dan botak, bersisik dan bermata ular serta seperti serangga.

Beliau juga percaya mahkluk asing menyerupai serangga adalah ketua dan memerintah bangsa makhluk asing yang lain.

Katanya lagi, makhluk asing ini tinggal dalam sistem-bio tersendiri dan manusia tidak boleh merasainya kerana keupayaan terbatas seperti organ yang berbeza.

Disebabkan makhluk-makhluk ini merupakan bangsa yang lebih bijak berbanding manusia, Dr Chi mendakwa ia dapat dimanfaatkan bagi menyelamatkan Bumi di masa depan.

”Jadi mereka datang bukan untuk kita, tetapi menyelamatkan spesis mereka. Untuk kelangsungan hidup mereka, namun ia juga boleh menjadi untuk kelangsungan hidup kita juga. Kelangsungan sferabio secara keseluruhan.

”Bagaimanapun saya masih mencari lebih banyak bukti bagi menyokong hujah saya”, katanya.

Sumber: The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.