Gambar sebuah pasaraya dengan dengan keadaan yang berselerak menjadi bualan komuniti media sosial yang rata-rata terkejut dengan sikap segelintir daripada kita yang tidak sensitif.
Seorang pekerja pasaraya dilihat sedang membersihkan dan menarik keluar sisa dan bekas plastik yang dibuang di bahagian rak makanan berkenaan.
“Ada seorang rakan yang berkongsi gambar ini melalui WhatsApp, pekerja masa tu tengah bersihkan dan keluarkan sampah daripada rak.
“Rupanya ramai yang makan kemudian sorok bekas plastik makanan di bahagian bawah rak.”
Ramai yang kecewa dengan sikap sesetengah daripada kita yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Sumber: Twitter Hilmi Adi Ruzaini