Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - Google

Buat Kerja Rumah Boleh Kekalkan Otak Agar Sentiasa Muda – Kajian

Tahukah anda, satu kajian menemukan kaitan antara aktiviti ringan seperti melakukan kerja rumah boleh mengekalkan otak yang muda.

Malah, aktiviti yang dilakukan tidak perlu mengambil masa yang lama, hanya sekadar satu atau dua minit sahaja boleh membawa manfaat kepada kesihatan. Bagi mengetahui lebih lanjut, ikut perkongsian oleh Public Health Malaysia seperti di bawah.

Wahai lelaki/suami di sana. Tahukah anda rahsia mengapa WANITA tidak mudah LUPA?

Kerja Rumah Boleh Mengekalkan Otak Kita Sentiasa Muda.

Aktiviti ringan seperti kerja rumah tangga boleh membantu mengekalkan otak yang muda, kata para penyelidik.

Penemuan ini menyatakan aktiviti ringan juga bermanfaat untuk kesihatan walaupun sekadar satu atau dua minit.

“Hasil kajian kami tidak merendahkan aktiviti fizikal yang sederhana atau berat. Kami hanya menambah penemuan sains, aktiviti fizikal intensiti ringan juga penting, terutamanya untuk perkembangan otak,” kata Dr Nicole Spartarno, pengkaji dari Boston University.

Apa lagi, jom vakum rumah wahai husband-husband sekalian – JAMA Network Open

Sumber : Public Health Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.