Siakap Keli

Gempa Bumi Sederhana Landa Pulau Tanimbar

Kuala Lumpur : Gempa bumi sederhana berukuran skala Richter 5.2 melanda Pulau Tanimbar, Indonesia pada pukul 10.28 pagi ini.

Jabatan Kaji Cuaca dalam satu kenyataan menyebut bahawa gempa bumi itu berlaku 491 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Gempa bumi itu sedalam 80 km, bagaimanapun, tidak membawa sebarang ancaman tsunami ke Malaysia, demikian menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.