Siakap Keli

Grab Food Dedah Rakyat Malaysia Pesan ‘Bubble Tea’ 3 Cawan Sebulan

Data yang didedahkan Grab Food menunjukkan rakyat Malaysia membuat pesanan sebanyak 3 cawan Bubble Tea dalam tempoh sebulan.

Jumlah berkenaan dikongsi bersama-sama dengan Singapura dan Indonesia manakala Thailand menjadi negara tertinggi di mana rakyatnya memesan secara purata memesan 6 cawan Bubble Tea sebulan menggunakan perkhimatan Grab Food.

Walaupun Grab Food tidak mendedahkan jumlah sebenar, bagaimanapun ia berkata jumlah pesanan Bubble Tea di Asia Tenggara melalui perkhidmatan yang ditawarkannya meningkat sebanyak 30 kali sejak tahun lepas.

Indonesia menjadi negara dengan jumlah pesanan tertinggi iaitu peningkatan sebanyak 85 kali dalam tempoh Januari sehingga Disember 2018.

Bagi Malaysia dan Singapura, jumlah peningkatannya hanyalah 2.5 kali dan 7 kali diantara Mei sehingga Disember 2018.

Menurut Grab, waktu tengah hari adalah waktu paling kerap Bubble Tea dipesan oleh pelanggan-pelanggannya.

Aplikasi Grab Food yang dimuat turun lebih 144 juta kali menyaksikan pengguna yang memesan Bubble Tea meningkat sebanyak 1,200 kali untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan.

Manakala, sebanyak 4,000 outlet yang menjual Bubble Tea telah berdaftar dengan Grab Food.

Sumber: Business Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.