Siakap Keli

”Jijik, Berlumut Dan Lipas Bersarang,” Awas, Penapis Air Tanpa Lesen Undang Virus Merbahaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua daripada kita mesti pernah mendengar mengenai penapis air. Alat yang digunakan bagi membekalkan air yang bersih selamat dan sihat kepada seisi rumah. Kini, terdapat pelbagai jenama penapis air dalam pasaran yang anda boleh miliki daripada pilihan harga yang murah hinggalah mahal.

Nak lebih jimat, ramai juga yang memilih alternatif menggunakan perkhidmatan mesin penapis air layan diri yang biasanya kelihatan di deretan-deretan kedai. Dengan kos yang murah, anda boleh mendapatkan bekalan air yang bersih dan ditapis.

Namun persoalannya, sejauh manakah tahap kebersihan penapis air layan diri ini? Menjadi tempat pembiakan untuk semua jenis bakteria, anda sebagai pengguna harus berhati-hati kerana terdapat mesin penapis air yang tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia seperti di bawah.

AWAS PENAPIS AIR JIJIK

Pejabat Kesihatan menerima notifikasi mengenai kes keracunan makanan di sebuah sekolah agama di sebuah daerah.

Berpuluh puluh pelajar dilaporkan mengalami gejala cirit birit dan muntah. Ada pelajar yang mengalami gejala serius sehingga perlu di masukkan ke wad untuk pengawasan.

Semuanya lembik longlai akibat dehidrasi. Pasukan penyiasat dikerah ke sekolah untuk membuat siasatan. Sampel makanan dan air di ambil. Pelajar yang mengalami gejala keracunan di soal siasat.

 

Apa makanan yang di makan mereka sebelum mengalami keracunan disiasat dengan terperinci.

Mengejutkan. Keputusan analisa makmal mendapati terdapat 2 virus merbahaya didalam sumber air minuman.

Rupanya, punca keracunan adalah dari alat penapis air yang tidak diselenggara. Virus Rota Virus dan Noro Virus telah bersarang di dalam penapis air.

Tindakan sita telah dilakukan. Syarikat penyelenggara di panggil untuk menukar alat penapis air.

Sementara itu di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain, pihak penguasa telah menyita berpuluh puluh mesin penapis air yang diletakkan di tepi jalan.

Penapis penapis air ini tidak mempunyai lesen dan tidak didaftarkan kepada KKM.

Pemeriksaan menemui didalam mesin air ini dipenuhi dengan lumut dan menjadi tempat lipas dan serangga bersarang! Euewwww… Memang menjijikkan.

Sebenarnya, bermula dari Januari 2016, mesin penapis air layan diri perlu mendapat lesen khas dari KKM. Ini membolehkkan KKM untuk memantau kebersihan dan kandungan air tersebut.

Owh ya, pengusaha juga DILARANG untuk membuat sebarang perakuan kesihatan kepada produk penapis air mereka.

Pada pemilik penapis air peribadi, pastikan juga penapis air anda bersih sentiasa. Jangan sampai berlumut dan ada lipas bersarang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.